CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 949|Reply: 3

Fiza Halim Malas Nak Layan, Tak Nak Balas Balik Walau Difitnah Berzina- "Allah Ada"

[Copy link]
Post time 16-6-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mendedahkan dia enggan mengambil pusing mengenai khabar angin yang membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.


Menurut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, dia sebenarnya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan serta para peminat yang sentiasa percaya dan menyokong sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.


Kata Fiza lagi, dia juga sudah pun meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.


Foto: IG




“Terima kasih semua. Saya sayang kamu semua. Ramai penyokong dan peminat tak putus-putus beri saya semangat.


“Tak mengapa, biar orang buat kita. Jangan kita balas balik. Allah ada. Allah maha mendengar,” tulisnya.


Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama Mariam itu menerusi hantaran terkini di Instagram.




  



Pada masa sama, Fiza turut memaklumkan tumpuannya kini hanya tertumpu untuk merawat ibunya yang kini mengidap penyakit kanser usus.


“Pening tengah fikir hospital mana yang terbaik nak buat radioterapi/ kimo untuk mama. Maaf tau kalau hari ni satu hari tak layan DM korang.


“Anyone yang ada experience or suggestion tak pasal kanser usus ni? Tolong kongsikan dengan saya,” kongsinya lagi.




  



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Fiza selain turut mendoakan semua segala urusan ibunya itu akan sentiasa dipermudahkan.


“Semoga emak Fiza diberikan kesembuahan. Sampaikan salam pada mak ya.


“Semoga dipermudahkan urusan Kak Fiza dan Mak Cik Ani. Semoga lekas sembuh.


“Semoha akak kuat hadapi ujian ini.


“Terus kuat ye kak. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.


“Head up and keep it strong,” antara komen-komen netizen di Instagram.




  



Baru-baru ini, nama Fiza hangat diperkatakan selepas tular khabar angin yang mengatakan dia menawarkan khidmat seks kepada lelaki tertentu.


Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, Fiza menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan fitnah tersebut sebagai keterlaluan.




  



  



Tambahnya lagi, dia juga terkilan kerana perkara seperti ini boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang anak seni. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 05:05 PM | Show all posts
nasib ko la pijahh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pape la acik. Takut dengar cerita2 pasal dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuduhan ini sangat berat, kalau ianya tidak benar, kenapa taknak saman. Sedangkan benda betul pun selebriti sakan saman-menyaman, inikan pulak benda yg tidak betul. Adakah acik fiza ini pemaaf orangnya? Atau.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.105794 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list