CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 0

AFC beri ‘kata dua’

[Copy link]
Post time 14-6-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode

AFC mempersoalkan kenapa tiada persediaan berdepan sebarang kemungkinan terutama ketika hujan.

   

PETALING JAYA: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan tiada penukaran venue melibatkan dua aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.

Dua perlawanan berkenaan akan tetap berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bagaimanapun memberi amaran supaya memastikan gelanggang itu dinaiktaraf dengan segera atau mungkin dikenakan ‘sekatan’.

Jelasnya, sekiranya padang gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu tidak dibaikpulih mungkin AFC tidak akan memberi kelulusan bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia.


WINDSOR JOHN

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John yang mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas berlangsung empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 terutama sebelum sepak mula aksi Malaysia berdepan Bahrain pada Sabtu lalu disebabkan hujan lebat.

“Venue untuk dua perlawanan terakhir Kumpulan E akan tetap berlangsung di stadium yang sama dan kita harap keadaan padang akan bertambah baik sebelum sepak mula.

“Kita terkejut melihat keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) kena uruskan perkara itu.

“Jadinya, kita agak kecewa dengan keadaan padang yang masih lagi tidak dibaikpulih malah menggunakan alat yang tidak sesuai pula untuk membuang air atas padang.

“Saya fikir kalau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan dan tiada penambaikkan, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan melibatkan perlawanan antarabangsa di stadium berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang pada Sabtu lalu menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Situasi itu memaksa petugas stadium terpaksa menolak air secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kadbod bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Malah, petugas stadium masih giat menolak air ketika jam menghampiri 8.40 malam, hanya 20 minit sebelum perlawanan berlangsung.

Insiden berkenaan mengundang perdebatan di media sosial selepas netizen menyifatkan permukaan padang seperti ‘bendang’ dan ia juga menjatuhkan imej Malaysia.
https://www.utusan.com.my/terkini/2022/06/afc-beri-kata-dua/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066810 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list