Edited by boca120879 at 16-6-2022 09:26 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Humaid bin Mas'adah, diceritakan oleh Bisyr bin Al Mufadldlal, daripada Al Jurairi, daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah, daripada ayahnya (Abu Bakrah), Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Mahukah kalian, aku beritahu dosa terbesar di antara dosa-dosa besar?"
Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah s.a.w."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Menyekutukan Allah,
derhaka kepada kedua-dua orang tua (ibu bapa),
sumpah palsu atau perkataan dusta." Rasulullah s.a.w. terus mengatakannya (tanpa henti). Sehingga kami berkata (dalam hati), "Kalaulah Rasulullah s.a.w. diam."
(Hadith Tirmidzi no. 2224)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|