Fiza Halim dituduh berzina dalam bilik air di sebuah hotel baru-baru ini.
Malah ada pengguna Twitter yang mendakwa pernah bayar Fiza untuk khidmat seks.
Foto: IG
Kata Fiza pada mulanya dia tak ulas sebab risau ibunya sedang sakit.
"Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.
Fiza Halim Dituduh Berzina Dalam Bilik Air Hotel
"Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.
"Ibu saya dah la tengah sakit! Dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus... dah masuk stage 3, tiba-tiba datang pula masalah lain," katanya kepada mStar.
Fiza menambah dia tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang boleh memalukan diri sendiri dan keluarga.
Dalam masa yang sama dia tak mahu tuduh mana-mana pihak sebab sedar ada ramai yang iri hati tengok dirinya bahagia.
"Boleh fikir sendiri, logik ke tak? Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.
"Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali... sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.
"Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita." -CARI |