CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 4

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 Nourul Depp Dan Suami, Ayu Nazirah Titip Ucapan Mama Papa

[Copy link]
Post time 13-6-2022 10:00 AM | Show all posts |Read mode


Walaupun ibu bapa kandung sudah berpisah dan kemudian mencipta bahagia dengan pasangan baharu, anak-anak pastinya akan tetap mendoakan kegembiraan buat kedua orang tua meskipun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.



Begitu jugalah dengan anak kepada bekas pasangan Nourul Wahab dan Ajai, Ayu Nazirah yang memberikan ucapan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 ibunya dengan Eric Depp.



Sumber IG




Menerusi Instagram, Ayu menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat kedua ibu bapanya serta berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang mengajar dan membesarkannya dengan baik sekaligus menjadikannya insan yang berjaya seperti sekarang.



"Saya berdoa agar kehidupan cinta saya akan diberkati, indah dan tak bersyarat seperti yang anda berdua miliki.



"Terima kasih papa kerana menjaga dan menyayangi mama," coretnya.



Terdahulu, penyanyi Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996. Dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, pasangan itu bercerai pada 2007.



Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usawahan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 3. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganja perhati je wartawan Cari ni.
Dari dulu duk, usawahan, usawahan.
Memang wartawan Cari ni terencat ke tak boleh eja betul-betul eh.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayu ni mcm lama tak update dia dgn family Ajai. Harap depa okay la
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 04:30 AM | Show all posts
anak Ajai ni sedang buat dalam hidup dia ??

tengah sambung belajar ke ?

atau sudah bekerja ???

Bukankah anak Ajai ini pelajar Tun Fatimah ke ???

apa dah terjadi sekarang ni dengan  budak ini ????????
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:19 AM | Show all posts
Suka tgk ank2 Nurul2 dgn suami baru ni...ada yg ikut nurul, ade yg ikut suami...klu tgk mcm bukan adik beradik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.250656 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list