CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1540|Reply: 3

Along Eyzendy, isteri makin pulih

[Copy link]
Post time 12-6-2022 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Along Eyzendy, isteri makin pulih


Along dan isterinya.


Kuala Lumpur: "Keadaan isteri saya alhamdulillah baik. Dia memang diberi kebenaran untuk bagi buah pinggang pada saya sebab dia tiada sakit apa-apa.

   "Buah pinggang kanannya diberikan untuk dimasukkan ke sebelah kiri pinggang saya. Yang sebelah kanan keadaannya 90 peratus bagus. Manakala yang sebelah kiri 96 peratus. Bacaan 96 peratus dikira bagus,".

   Demikian kata pelakon Along Eyzendy, 43, mengulas proses pemindahan buah pinggang isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, yang mendermakan buah pinggang kepadanya 15 April tahun lalu.

  Menurutnya, selepas sedar dari Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor memberitahu keadaannya okey dan air kencingnya banyak.

   "Maksudnya ia berfungsi elok. Keadaan isteri saya pun okey. Dia keluar wad seminggu selepas pembedahan, manakala saya sebulan.

   "Cuma saya nampak dia macam cepat penat sekarang. Masalah senggugutnya pun datang balik. Dulu sebelum kahwin memang dia ada sakit ini. Lepas dapat anak dia hilang. Apapun kesihatan dia okey.

   "Selepas setahun pembedahan, kesihatan saya makin okey. Badan pun berisi semula. Cuma saya kena berjumpa doktor sebulan sekali. Kalau bacaan darah tak okey saya akan 'warded'," katanya yang ditemui pada sidang media teater Muzikal Moyang Salleh di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) jalan Ampang, semalam.

    Teater arahan Roslee Mansor terbitan Karyawan Negeri Sembilan ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos ini.  

   "Saya akan membawakan watak sebagai Si Amat, utusan Moyang Salleh ke Johor. Lama saya tak beraksi di Istana Budaya dan kebanyakan yang terbabit adalah rakan teater.

   "Jadi saya rasa tergerak untuk ikut sekali bersama. Saya sebenarnya dah mula bekerja. Saya beritahu produksi saya sihat, tapi saya akan jumpa doktor  bila perlu dan kalau doktor kata saya kena tahan di wad saya akan ikut.

   "Tapi tak lama dalam dua tiga hari kerana doktor nak pantau bacaan darah. Kalau ia naik, saya kena masuk wad dan tengok bacaan. Kalau dah okey, saya boleh keluar. Saya kena jaga pemakanan," katanya yang bergelar pensyarah mengajar subjek makyung  di Aswara.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -isteri-makin-pulih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
allahuuu. semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:15 AM | Show all posts
besar pengorbanan isteri dia... semoga bahagia hingga ke syurga...aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:47 AM | Show all posts
semoga diberi kesihatan yang baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list