CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 0

[Johor] Peniaga perlu beretika dan bersabar - Rosol

[Copy link]
Post time 12-6-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Rosol (kanan) beramah mesra dengan pengguna. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Peniaga dinasihatkan supaya lebih beretika dan bersabar dalam perniagaan bagi mewujudkan suasana harmoni dengan pelanggan ketika berurus niaga.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, tekanan dihadapi peniaga kerana kos barangan yang meningkat, tidak wajar dijadikan alasan untuk bertindak biadap.

Katanya, beliau berharap kejadian tular pemilik restoran asam pedas di Melaka itu tidak berulang dan wajar dijadikan pengajaran.

"Kalau keadaan itu berlaku, kita sebagai peniaga kena ada etika, perlu bersabar dan banyak bertolak ansur. Bagi pelanggan mereka adalah raja, apa sahaja pelanggan buat sepatutnya peniaga perlu bersabar.

"Dalam keadaan sekarang semua orang tertekan, kena banyak bersabar. Mungkin dia (peniaga) tertekan (kerana) zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), keadaan harga barang naik dan mungkin juga ada masalah lain.

"Kita tiada akta yang boleh dikenakan kompaun dan sebagainya (kepada peniaga), cuma kita berharap semua orang kena banyak bersabar," katanya ketika mengulas insiden tular itu.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasaraya Lotus Tebrau di sini, hari ini.

Sejak Khamis lalu, tular video berdurasi 51 saat dalam media sosial mengenai insiden seorang wanita yang membawa ahli keluarganya dari Singapura menjamu selera, mendakwa menerima layanan buruk daripada pemilik Restoran 35 di Banda Hilir, Melaka.

Dalam rakaman itu, jelas kedengaran suara pemilik dan anaknya didakwa memarahi pelanggan berkenaan yang cuba menasihatkan mereka untuk lebih mesra dan bersopan dengan pelancong luar.

Susulan itu, pekerja restoran berkenaan yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dan-bersabar-rosol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038687 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list