CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 0

71,895 pesara ATM tiada pencen

[Copy link]
Post time 9-6-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
71,895 pesara ATM tiada pencen

Oleh Fahmy A Rosli - Jun 9, 2022 @ 2:31pm  fahmy.azril@bh.com.my




Gambar hiasan




KUALA LUMPUR: Data Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang direkodkan setakat bulan lalu menunjukkan seramai 71,895 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai pencen.

Jurucakap Unit Komunikasi JHEV berkata, keseluruhan veteran angkatan tentera yang mendaftar dengan JHEV ialah 203,477 orang berdasarkan tempoh sama dan mengikut data yang dikemaskini setakat semalam, seramai 114,474 orang menerima pencen.
"Penerima pencen diberikan kepada bekas tentera ataupun veteran, manakala penerima pencen terbitan diberikan sama ada kepada balu atau duda.

"Bilangan penerima pencen RM2,208 dan ke bawah membabitkan 91,162 orang. Bagi bilangan penerima pencen berjumlah RM1,169 dan ke bawah merangkumi 23,312 penerima," katanya kepada BH, hari ini.

JHEV yang ditubuhkan pada 11 Oktober 2000 diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Penubuhan jabatan ini untuk membantu pesara ATM dalam meningkatkan taraf sosioekonomi selepas anggota tentera menamatkan perkhidmatan.

Khamis lalu, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menggesa bekas tentera yang tidak diiktiraf sebagai veteran supaya berdaftar dengan persatuan bagi menjaga kebajikan dan memastikan menerima bantuan sewajarnya.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar, berkata mereka yang tidak diiktiraf sebagai veteran adalah bekas anggota yang diberhentikan akibat masalah disiplin.

Sharuddin berkata, berdasarkan data Jabatan Rekod dan Pencen Markas Tentera Malaysia, terdapat 10,281 bekas tentera dikategorikan tidak diiktiraf sebagai veteran ATM sehingga April lalu.

Semalam, Sharuddin turut membuat gesaan supaya hal berkaitan pelarasan pencen dan kebajikan bekas anggota tentera diselesaikan menerusi rundingan dalam masa terdekat dengan MINDEF.

Katanya, tuntutan itu dibuat kerana sudah sekian lama isu berkenaan tertangguh untuk dibawa ke meja rundingan yang akhirnya memperlahankan proses.

"Perkara ini sudah lama diusul dan dimohon sehingga mengambil masa terlalu lama. Kalau serius terhadap perkara penting is tidak meleret sehingga mengambil masa yang lama," katanya



ATM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.208355 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list