CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 5

[Dunia] Brunei lantik menteri wanita pertama

[Copy link]
Post time 9-6-2022 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Brunei lantik menteri wanita pertama

https://www.utusan.com.my/luar-n ... eri-wanita-pertama/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
9 Jun 2022, 7:02 am


ROMAIZAH MOHD. SALLEH

BANDAR SERI BEGAWAN: Buat julung kalinya golongan wanita dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Brunei iaitu Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd. Salleh.

Pelantikan itu susulan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan awal menteri Kabinet berkuatkuasa 7 Jun lalu, lapor Pelita Brunei.

Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan dan Ekonomi.

Bagaimanapun, menteri-menteri kanan berundur, termasuk Menteri Dalam Negeri, Awang Abu Bakar Apong, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan, Ali Apong serta Menteri Pembangunan, Suhaimi Gafar.

Beberapa muka lama akan terus berkhidmat dengan portfolio sama antaranya Menteri Hal Ehwal Agama, Awang Badaruddin Awang Othman, Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Mohd Amin Liew Abdullah, Menteri Luar Kedua, Erywan Mohd Yusof dan Menteri Kesihatan, Md Isham Jaafar.

Penganalisis media tempatan berpandangan langkah rombakan awal Kabinet bertujuan menyuntik lebih kekuatan dan tenaga dalam sistem pentadbiran sambil mengekalkan kestabilan dalam bidang utama hal ehwal dalam dan luar negara.

Dalam siaran ucapan khasnya di seluruh negara, baginda bertitah, Kabinet baharu akan berkhidmat bagi tempoh empat tahun.

Baginda bertitah pelantikan itu adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh taat setia dan bertanggungjawab.

Kali terakhir Kabinet dirombak pada Januari 2018 apabila beberapa menteri veteran digantikan.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 08:56 AM | Show all posts
xde pru eh kt sana

lg 1 gomen dorg guna english ke
kt plak nama tu engrishhh

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:42 AM | Show all posts
"Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan dan Ekonomi."

Multitasking.  Sangat menjimatkan, tak perlu bayar gaji ramai2 menteri dan pegawai2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 9-6-2022 12:56 AM
xde pru eh kt sana

lg 1 gomen dorg guna english ke

Guna English.

Kan @gideoncross?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:37 AM | Show all posts
eragon replied at 9-6-2022 09:42 AM
"Baginda mengekalkan jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar, Pertahanan, Kewangan d ...

semua gaji aku yg pny - ahmad albab




Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:45 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 9-6-2022 08:56 AM
xde pru eh kt sana

lg 1 gomen dorg guna english ke

"acting" minister jer.
bukan menteri penuh.

sana lantik la menteri apa pon.
suma sultan yg buat keje

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053059 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list