CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 1

Lelaki Pakai 5kg Barangan Kemas Setiap Hari Sebagai Pelaris

[Copy link]
Post time 8-6-2022 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemilik gerai makanan di Vietnam menjadi popular selepas sering mengenakan perhiasan barangan kemas seberat lima kilogram (kg) setiap hari, lapor laman Oddity Central, semalam.


Do Ngoc Thuan atau dikenali sebagai Seven Ball memberitahu dia sangat meminati barangan kemas sejak kecil dan mula mengumpulnya apabila meningkat dewasa.




Thuan sukakan perhatian yang diterima setiap kali memakai koleksi barangan kemasnya. - Oddity Central





Apabila orang memandang dan memerhatikan barangan kemas yang dipakainya, ia membuatkan Thuan lebih teruja untuk mengumpul lebih banyak koleksi.


Kini, apabila membuka gerai makanan, Thuan menggunakan barangan kemas yang dipakainya sebagai tarikan untuk pelanggan datang ke situ.


“Saya menggunakan perhatian yang diberikan kepada koleksi barangan kemas sebagai tarikan untuk pelanggan datang makan di kedai.


“Ada juga yang datang semata-mata mahu menumpang tuah daripada saya,” ujar Thuan.


Lelaki itu kini memakai 10 bentuk cincin, 30 utas gelang dan lebih 12 utas rantai emas setiap kali keluar bersiar-siar atau bekerja.


Dalam pada itu, Thuan turut memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia memakai barangan kemas palsu tanpa sebarang bukti.


Jika tidak, individu itu akan disaman dengan bayaran AS$215 (RM944).


Thuan mendakwa bahawa sejak 2008, apabila dia mula memakai sejumlah besar barang kemas, dia hanya pernah berdepan cubaan merompak sebanyak dua kali.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya ada yg berdamping sbb tu berani sangat tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.234737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list