|
Johor Bahru: Selepas dua tahun diburu, tiga lelaki warga Singapura yang dikehendaki polis ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan pertama pada Sabtu lalu membabitkan seorang suspek berusia 54 tahun, dan sehari selepas itu dua lagi suspek berusia 48 dan 49 tahun ditahan.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes melarikan wang Singapore Dollar (SGD) 1 juta milik penggurup wang pada 2020.
"Kita sedang memburu seorang lelaki warga tempatan yang juga dalang sindiket ini.
"Kami yakin suspek ini masih berada dalam negara. Polis juga sedang memburu beberapa lagi ahli sindiket ini yang masih bebas," katanya pada sidang media di Majlis Pemakaian Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor sesi 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalang-masih-diburu |
|