Sumber IG
Biarpun dikurniakan pakej sempurna, jelitawan berusia 37 tahun ini masih selesa hidup sendirian tanpa teman lelaki mahupun suami. Aktres, Raline Shah sehingga kini belum mempunyai buah hati dan sememangnya diketahui umum.
Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan itu bahkan jarang dikaitkan dengan cerita panas membabitkan kisah cinta dengan mana-mana lelaki.
Menerusi rancangan Tonight Show, bintang Polis Evo 2 itu mengakui terdesak untuk mencari teman lelaki bagi mengisi kekosongan dalam jiwanya kerana dia cukup selesa menjalani kehidupan dengan status solo.
Wanita yang pernah menetap di Johor Bahru dan bersekolah di Negeri Sembilan itu juga tidak terlalu memikirkan kriteria lelaki yang bakal menjadi suaminya andai sudah bertemu jodoh suatu hari nanti.
"Saya tak terlalu memilih mengenai lelaki yang bakal menjadi teman hidup suatu hari nanti. Apa yang penting, lelaki itu mestilah memiliki etika terpuji," katanya.
Kata pelakon yang juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik, Puteri Indonesia 2008 itu lagi, dia tidak terlalu memilik soal rupa paras bakal teman lelakinya namun berharap dipertemukan dengan lelaki beriman. -CARI
|