CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 6

'Tak Sedap Hati', Elon Musk Mungkin Buang 10 Peratus Pekerja?

[Copy link]
Post time 6-6-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk berpandangan terdapat keperluan untuk mengurangkan 10 peratus pekerja di syarikatnya selepas 'merasakan sesuatu yang amat buruk akan berlaku dalam ekonomi.'


Satu mesej yang dihantar kepada eksekutif menyatakan kebimbangannya itu dan memberitahu untuk 'menghentikan semua pengambilan di seluruh dunia.'




Kredit foto: GETTY IMAGES




Tinjauan yang suram dibuat dua hari selepas bilionair itu memberitahu kakitangan supaya kembali ke tempat kerja atau meletakkan jawatan, sekali gus menambah kepada meningkatnya amaran dalam kalangan pemimpin perniagaan mengenai risiko kemelesetan.


Saham Tesla jatuh sembilan peratus dalam dagangan di Amerika Syarikat (AS) semalam selepas laporan Reuters.


Dalam satu e-mel kepada kakitangan pada Jumaat, Musk berkata Tesla akan mengurangkan 10 peratus jumlah kakitangan, kerana syarikat itu 'berlebihan pekerja di kebanyakan jabatan'.


"Namun jumlah jam bekerja akan meningkat.


"erlu diingatkan, ini tidak terpakai kepada mereka yang membina kereta, pek bateri atau memasang solar," tulis Musk dalam e-mel yang dilihat oleh Reuters itu.


Hampir 100,000 orang diambil bekerja di Tesla dan anak-anak syarikatnya setakat akhir 2021, demikian menurut makluman tahunan SEC.


Ia tidak memperincikan jumlah pekerja bergaji tetap dan dibayar mengikut jam.


Musk sejak beberapa minggu kebelakangan ini memberikan amaran mengenai risiko kemelesetan, namun e-mel yang mengarahkan pembekuan pengambilan pekerja dan pemberhentian itu adalah mesej paling berprofil tinggi seumpamanya daripada ketua sebuah syarikat pengeluar kereta.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2022 04:30 PM | Show all posts
Elon Musk baru bersin, dunia yang demam

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni etnik apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 6-6-2022 11:20 PM

Iols rasa Elon Musk ni sdg cuba disabotaj golongan2 elit dunia yg melihat beliau sbg ancaman. Ari tu x silap dia ada tweet dia mungkin mati dlm keadaan yg penuh syak wasangka. Ini semua bermula bila dia cuba ambil alih twitter dan cuba mengganggu agenda tersembunyi golongan elite dunia. Minggu ni tetiba kuar byk citer kereta tesla ada issue phantom braking
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 07:53 AM | Show all posts
kaya pun susah
miskin lagi susah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 07:59 AM | Show all posts
dia mcm 50-50 nk beli Twitter
masih belum confirm nak ambik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 10:02 AM | Show all posts
dah macam tokey kilang kat malaysia ni, mementang gaji naik jadi rm1500 sampai sabtu wajib keje, ahad wajib amik OT..seb baik la aku da nak benti ehhh bleh stres la keje camni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046546 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list