CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 811|Reply: 4

Usia 90 Tahun- Hamid Gurkha Tiada Sakit Kronik, Cuma Ada Masalah Pendengaran

[Copy link]
Post time 2-6-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Walaupun kurang sihat, namun pelawak legenda, Hamid Gurkha yang kini berusia 90 tahun masih kuat untuk berjalan dan tidaklah hanya terlantar atas katil.


Cucunya, Farizul Afiq Muhammad ditemui berkata, sehingga kini datuknya juga tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan keadaan kesihatan yang semakin uzur hanya disebabkan faktor usia.


Foto: Harian Metro




"Alhamdulillah, datuk saya buat masa ini masih boleh berjalan, ada selera makan dan sekarang pun dia hanya duduk berehat di rumah.


"Ingatan dia juga masih baik dan dia pun masih kenal semua ahli keluarga. Cuma, dia ada masalah pendengaran untuk telinga kanannya, tetapi telinga kiri masih okey dan boleh dengar dengan baik," katanya.


Farizul Afiq berkata, keadaan kesihatan datuknya mula terganggu selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Bagaimanapun, Hamid sudah lengkap dua dos vaksin ketika itu selain dia juga mempunyai semangat yang tinggi.


"Datuk memang seorang yang kuat kerana sampai sekarang masih boleh buat aktiviti sendiri lagi. Malah, Ramadan baru-baru ini juga dia boleh berpuasa penuh, termasuk sembahyang pun boleh lagi dilakukan secara berdiri.




Farizul, Foto: Harian Metro







Hamid yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978, baru-baru ini dilaporkan sakit dan hanya terlantar di rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang selepas dijangkiti Covid-19.


Hamid yang bertemu jodoh dengan isteri, Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia.


Hamid juga dikurniakan 32 cucu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cute cucu pak mid


Btw F utk MAAF

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:42 AM | Show all posts
meols sampai skrg takleh move on dgn filem pak amid - Sikit Punya gila...

lawak selamba jer pak hamid ni..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:15 PM | Show all posts
aku selalu selit doa weh, hidupkan aku..cukup sehingga ak mampu jaga diri sendiri. ghisau kot susahkan org lain nak kena jaga aku if umur panjang... makin meningkat umur, makin mcm2 dipikirkan

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah Pak Hamid. Semoga dipermudahkn sgl urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078693 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list