CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 11

"Kontroversi, Fitnah Atau Aib Suami, Saya Akan Zip Mulut,"-Lisdawati

[Copy link]
Post time 30-5-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Lisdawati Nazaruddin, 44, mengaku tidak lagi mahu terlalu mudah tampil memberi komen atau sebarang kenyataan tentang apa sahaja isu kontroversi atau fitnah berkaitan suaminya, aktor, Fauzi Nawawi.


Menurut Lisdawati, dia selesa untuk mengunci mulut kerana beranggapan sebagai isteri, tentu sahaja dia lebih mengenali siapa suaminya itu.


Foto: IG




“Baik kontroversi, fitnah atau aib suami, saya akan zip mulut. Sebab, saya lebih kenal suami saya luar dan dalam. Insya-Allah, kalau Allah SWT izinkan, biarlah hubungan kami kekal sampai tutup mata.


“Isu apa sekali pun, kalau ada yang komen, saya doakan mereka kembali ke pangkal jalan dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Bagi saya, Allah lebih tahu dan kita sebagai manusia,jangan buat kerja Dia,”katanya.


  



Selain itu, kata Lisdawati, dia dan suami sehingga kini menerima kiriman mesej di ruangan Direct Message (DM) Instagram daripada pelbagai pengguna media sosial tidak dikenali yang tampil memohon maaf.


“Ramai sebenarnya dan sehingga ke hari ini masih lagi kami menerima ucapan dan kata maaf daripada netizen yang sebelum ini pernah mengata dan mengecam kami. Saya anggap mereka dah dapat hidayah dan dah tahu kebenaran.


“Bila orang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati sebelum ini, tentulah kami tersinggung. Tapi bila tengok ramai yang minta maaf, saya dan Fauzi pun tak ada sebab untuk tidak memaafkan mereka.


“Kita semua melakukan khilaf. Orang minta maaf, kita maafkan. Bukan apa, sementara kesempatan ada. Kalau kami pun dah tiada nanti, tak sempat minta maaf. Lebih afdal kami maafkan semua orang. Saya tengok sekarang, suami pun dah tak stres, senyum saja,”katanya.




  



Dalam pada itu, kata Lisdawati, dia juga bersyukur kerana hubungan suaminya dengan orang industri seni sangat positif sehingga tidak putus-putus menerima tawaran lakonan dan sebagainya.


“Alhamdullah sangat. Dia sampai tak menang tanganlah. Setiap hari pergi penggambaran.Sampai ada yang dia terpaksa tolak dengan baik. Saya percaya, ramai penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat yang ada padanya.




  



“Tentang perselisihan faham dengan stesen tv itu sebelum ini pun sudah selesai dengan baik. Malah, stesen tv itu juga ada tawarkan dia berlakon lagi. Alhamdulillah. Saya pernah cakap dengan dia, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.


“Kalau orang tanya, dan kita jawab dengan tenang,Insya-Allah, semua perkara akan dipermudahkan,”katanya.


  



Untuk rekod, Lisda & Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 & dikurniakan empat orang cahaya mata. Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:33 PM | Show all posts
Comel2 anak dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Retis/seleburiti sembang kunun terima banyak DM minta maaf berpisah tiada...iyyaaaa lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 31-5-2022 07:07 AM
Retis/seleburiti sembang kunun terima banyak DM minta maaf berpisah tiada...iyyaaaa lah tu

Khenzzzz...sapa jer yg gigih dm nk mtk maaf tu? yg pasti bkn acik2 forum yg dm okayyy.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 07:59 AM | Show all posts
PERASAN...DIA nih laki bini dulu selalu bergaduh sesama artis
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semak la ko yindon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam la laki bini ni. Semak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp iols suka lakonan laki bini ni.bg la watak apa pon menjadi lakonan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 09:18 AM | Show all posts
bgus la lisda..mkn hati berulam jantung pon xpe
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:27 AM | Show all posts
Poyo. nape tah aku tak suka derang ni.... sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 09:28 AM | Show all posts
mungkin dia zip mulut dr pengetahuan umum. tp mana tau kan.. kat rumah berperang je dgn si fauzi tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela kenalah tutup mulut.rugi la dah bergasak dalam kolam renang dgn ritrude dulu.bkn senang nk dpt abam poji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.176738 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list