View: 11325|Reply: 24
|
Jin Khodam ‘penjaga’ manusia
[Copy link]
|
|
Edited by trexxxxxi at 2-6-2022 09:36 PM
Jin Khodam ‘penjaga’ manusia
Kalau korang tengok filem mistik viral dari Indonesia baru-baru ni, iaitu filem KKN di Desa Penari, mesti perasan ada satu penjelmaan seakan-akan nenek tua dalam filem tu.
Nenek tua yang digelar Mbak Dok dalam filem tersebut adalah pendamping peserta KKN iaitu Nur, yang mana adalah antara penyebab Nur terselamat daripada segala gangguan dan bahaya di desa tu.
Tapi kalau ikutkan, Mbak Doh tu jin la kan? Iya betul tapi Mbak Doh boleh dikatakan adalah jin pendamping yang kononnya dalam kategori jin baik kerana sifatnya yang menjaga manusia. Dikatakan jin sebegini digelar sebagai khodam.
Jin pembantu
Tapi menurut agama Islam, khodam yang dipercayai adalah daripada kategori jin pembantu ni banyak terjadi penyimpangan atau tak ada kerjasama dengan cara yang baik.
Sesetengah manusia yang didampingi khodam ini adalah disebabkan oleh ilmu leluhur yang diturunkan kepadanya. Malah, Khodam boleh datang dalam pelbagai cara sama ada sengaja nak berdamping ataupun tidak.
Kononnya, selain daripada golongan jin, khodam juga dipercayai berasal daripada nenek moyang yang telah meninggal kemudian kembali ke alam nyata untuk menjaga anak cucu dan keluarga mereka daripada gangguan makhluk lain yang berniat buruk.
Tanda ada khodam
Orang yang ada khodam ni dikatakan ada beberapa ciri yang menyebabkan dia ada pendamping. Selain daripada mempunyai ilmu spiritual atau kebatinan yang tinggi, mereka yang ada khodam juga memiliki tatapan mata yang tajam.
Dikatakan tatapan tajam mereka dapat rasa lainnya daripada tatapan tajam orang biasa. Sebabnya orang biasa yang melihat atau menatap mata orang yang ada khodam ni, automatik rasa seram.
Bukan tu je, mereka yang didampingi khodam dikatakan adalah individu yang disegani masyarakat dan komuniti sekitarnya, walaupun individu tu bukan daripada kalangan orang kaya atau golongan yang mempunyai latar belakang tinggi.
Lumrah Pendusta
Walaupun ramai yang kata khodam ni adalah pembantu manusia tapi realitinya, makhluk ni masih lagi dalam kategori jin. Sepatutnya, makhluk ghaib seperti jin ini dijauhi sebab mereka berpotensi untuk menipu manusia kerana jin juga mempunyai hawa nafsu seperti manusia biasa.
Mustahil jin nak bantu secara percuma tanpa mengharapkan sesuatu daripada manusia. Apa yang jin nak adalah supaya manusia mengabdikan diri kepada mereka bukan Allah.
Sebab tu yang biasa terjadi adalah manusia akan mudah terpesong kerana bergantung kepada jin. Maka jin pun jadi bertambah sombong dan manusia bertambah hina dengan dosa mensyirikkan tuhan.
Nak seru khodam ?
Namun, tak semua ada khodam sebagai pendamping ni, hanya orang ‘terpilih’ sahaja, sebab khodam akan mengikut orang yang rajin beribadah, berpuasa, berdoa dan melakukan amalan-amalan tertentu.
Sebelum menyeru khodam tu, ibadah-ibadah yang dinyatakan tadi kena buat dulu kemudian, baru baca mantera dalam bahasa Jawa ni sebanyak 99 kali. Nak ingatkan, walaupun mungkin (harapnya) tak ada berlaku apa-apa tapi baca mantera atas risiko sendiri ya.
“Bismillahirrahmannirrahim..” (Di edit)
Apa pun, filem KKN di Desa Penari tu, walaupun berlatarkan ‘genre’ mistik dan seram tapi ada juga input dan pengajaran yang boleh di ambil. Jadi, bolehlah kita semua ambil mana yang baik, buang dan hindari mana-mana yang buruk dan boleh bawa bahaya.
Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/jin-khodam-penjaga-manusia/
|
|
|
|
|
|
|
|
apa lah punya mengarut...
khadam itu bukan dari makhluk bernama jin...
ianya satu makhluk lain yang Allah ciptakan untuk menjaga sesuatu perkara..
contohnya..ayat alquran..setiap ayat ada dua khadam penjaga di awal dan hujung ayat....
amalkan dengan niat minta perltolongan selain Allah, akan terseru itu khadam datang membantu....
ianya masih boleh di gunakan dalam rawatan islam pun...
tapi kalau ikut tok2 guru pondok..mereka tegah perkata itu..
kerana tak mau terpesong dari meminta selain Allah...
mudah sangat tergelincir.....
yang di kata menjaga manusia itu bukan lah khadam..itu namanya saka..
ianya turun dari keturunan...mengikut perjanjian yang terdahulu dengan nenek moyang manusia...
perjanjian itu ada clause pembatalan, tapi tok nenek lu je tahu clause itu...tak turun kat lu...
bila tahu clause itu, maka terbatallah perjanjian itu...dan lepaslah manusia itu dari saka nya...
syaitan pun satu makhluk yang Allah cipta ye..bukan keturunan jin pun...
ianya adalah makhluk yang berbisik2 ke arah kejahatan....sesetengah pengajian panggil bisikan...
sebab tu syaitan tiada dalam neraka pun....kerana ia memang taat dengan perintah Allah...
dia tak mintak macam azazil nak sesatkan anak Adam..
malah azazil yang terpengaruh dengan bisikan itu...
azazil bukanlah makhluk pertama yang terpengaruh pun...
ramai je jin2 lain yang terpengaruh dahulu sehingga mendatangkan kerosakan di muka bumi ini..
tapi paling rarenya azazil lah...sebab mintak mau sesatkan anak cucu Adam a.s sampai kiamat...
sekian..inilah repot saya
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari kecil kita di ajar dengan pemahaman iblis dan syaitan adalah satu geng. iblis tumcm ketua, syaitan ni tentera2.. sy percaya ramai yang fikir begitu.. boleh tak @Ah_Kwan share, kitab/ buku yang boleh dirujuk.. nak juga cuba memahami dan mencari ilmu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ah_Kwan at 2-6-2022 12:00 PM
sama lah dengan wa pun..
dari kecil ingat sama sahaja semuanya
tiada tahu pun apa beza sebenarnya iblis, jin, syaitan, khadam, saka etc....
sampai sudah masuk senja, baru mau mencari makna..
itu pun nasib wa agak baik, berjumpa dengan orang orangnya...
tiada kitab pun nak cerita detail...
kalau ada pun benda mengarut dari perawat2 islam semalaya ini...
ramai kena tipu dengan jin je pun mereka2 ni...
sebab ayat quran jelas kata "syaitan dari kalangan jin dan manusia"
dan "AKU ciptakan manusia dan jin semata mata untuk beribadah kepada Ku"
tapi tak faham..ingat kalangan manusia dan jin ni ada setan....
mana datang itu setan?
lepas tu ada pula cerita bisikan kepada kejahatan...
mana datang semua itu weh?
selepas di terangkan baru wa jelas..
syaitan bukan gelaran..tapi makhluk yang diciptakan bukan untuk beribadah..
tapi ianya diciptakan untuk berbisik bisik ke arah kejahatan
ia bukan makhluk macam jin dan manusia...
tiada jasad...
itu lah yang orang putih dok gelar ..the darkness...kejahatan...
azazil kan baik sebelumnya, terpengaruh dengan bisikan bisikan itu lah...
kalau orang orang tua dulu cakap.. 'dirasuk setan kah ini budak'
bila iblis dan manusia terpengaruh dengan bisikan kejahatan itu, maka itulah yang di kata syaitan dari kalangan jin dan manusia..
dirasuk setan sudah...
ooo...baru wa paham...
yang Allah cipta untuk hisab cuma jin dan manusia sahaja...
saka itu gelaran kepada jin yang berdamping dan buat perjanjian dengan manusia
khadam itu bukan jin, ianya di cipta untuk menjaga...
iblis itu nama bagi azazil, sudah di tukar nama pabila dia enggan sujud pada Adam a.s
iblis bukan lah ketua jin pun....tapi sebab darjat dia paling tinggi, maka majaroti jin pun anggap dia ketua lah..
ilmu dia paling tinggi....tak dapat di lawan oleh yang lain...
tapi ramai lagi jin yang hampir menyamai ilmu iblis ni...
sebab tu di kata guru, jin ni terbahagi kepada 3 golongan..
yang utamanya duduk di langit..sepertimana iblis satu ketika dahulu..
mreka inilah di gelar penguasa dalam alam jin...mereka turunkan perintah pada jin jin di bumi kerana mereka taat pada Allah...
perintah mereka turun pada golongan kedua jin ni, di gelar penjaga gunung dan lautan...
mereka dapat perintah dan akan jaga tempat itu sepertia mana arahan..
golongan ini diberi mandat untuk mencederakan sesiapa yang mahu merosakkan amanah mereka..
itu yang orang dok gelar hantu laut, puteri gunung ledang etc tu...
bahaya mereka ini kerana ada mandat...
golongan ketiga ada jin merhain, ilmu seconet, ada la yang tinggu sikit..
tapi lansung tiada kerja...macam orang kampung biasa sahaja lah..
ini lah toyol, cik pon..cik lang.. hantu raya..jembalang tanah etc...
tiada kerja....maka mereka mencari kerja...
ada yang dah tunduk pada iblis dah..jadi balaci..
maka mereka lah yang menjelma menakutkan manusia..
menjadikan manusia takut pada mereka, tak takut pada Allah...
maka tanggal iman manusia itu sendiri.....
itu lah kerja iblis pun, janji iblis yang Allah perkenankan...
sebok orang cerita pasal hantu cik pon, maka dalam hati manusia itu sendiri hilang cerita tetang Allah dan Muhammad...
as simple as that kerja mereka...
sebab dah ikut iblis sudah....
tapi ada je golongan merhain ni tak ikut iblis pun...
mereka golongan taat pada Allah..taat pada penguasa mereka...
di gelar mereka ini jin islam, bunian etc...
dan di alam mereka pun akan ada pertarungan dan peperangan...
yang ikut iblis vs yang taat pada Allah dan penguasa mereka....
dan jin ni, tak berupa bentuk manusia pun macam cik pon etc tu ya...
menjelma mereka sebegitu untuk bagi manusia tertipu dan percaya..
mati sebab beranak anak luar nikah lah..etc...
kena tipu je dengan mereka ni...
sebab mereka diciptakan bukan dari acuan Muhammad sepetimana manusia...
takkan boleh bawa acuan dari Muhammad mereka2 ini...
owh...panjang wa mengarut pula..
sekian inilah repot saya
|
|
|
|
|
|
|
|
novlin replied at 3-6-2022 01:36 PM
tekun iols baca...
sbb tagline baru itew lebih mendamaikan jiwa
hehe layannn |
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 2-6-2022 11:58 AM
sama lah dengan wa pun..
dari kecil ingat sama sahaja semuanya
dulu saya percaya mereka yg jaga hutan gunung dan laut ni up sikit dari jin.. mereka tahap dewa |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
coiii lu
tagline lama masih bernyawa...
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe
nampak tak kita macam mana hindu itu boleh berkalih dari agama tauhid ibrahim ke hindu?
semakin lama atas dunia ini, makin rosak jadi suatu agama itu...
dari ibrahim dan siti sarah kepada brahma dan saraswati...
dan manusia kepada dewa dan dewi sehingga di sembah...
sama juga lah macam agama islam, makin berkalih...
dari jin kepada dewa...
barang sama, persepsi berbeza....
cuba lu orang tengok cerita bersiri once upon a time....
cerita omputeh tu..bukan cerita jet li tu...
apa yang mereka gambarkan dalam cerita itu hampir 90% tepat..
nampak macam angan angan, tapi ceritanya tepat..tersorok sebalik fairy tale...
syaitan itu di gambarkan macam asap/kabus hitam pekat...the darkness...tiada berjasad pun..
akan mempengaruhi makhluk lain dalam itu bandar....
sesiapa yang terkena bisikan itu akan berubah menjadi jahat...
iblis pula di gambarkan dalam bentuk makhluk bernama rumplestitskin...
manusia yang baik sebenarnya, terpengaruh dan berubah menjadi the dark one...
dan pada hujungnya datang lah emma ke bandar itu, menjadi the saviour
penyelamat akhir musim....
yang mempunya kuasa the true love (kasih sayang)
wa tak kata tepat, tapi hampir tepat dengan ceita dunia ini sebenarnya..
apakah kuasa true love?
bagi kita sebagai muslim, itu lah kasih sayang Allah dan Muhammad....
kekasih yang tiada pernah bercerai tanggal dan berpisah...
itu lah kuasa di akhir musim, kasih sayang....
dari zaman tok kaduk dah cerita pada kita tentang true love ni...
yang boleh membatalkan segala kejahatan...
mereka dah alert lama dah...kita saja yang lalai dan lupa...
sekian ini lah repot saya
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
pening baca reply..
cam lepat dah diorang ni...
betul apa diorang semua cakap ...
tapi...betul..tak semestinya benar..
benar belum tentu suci..
suci, belum tentu haq...
masing2 cuma nak tunjuk ilmu kepandaian je kat situ...
nak tuju mana? tuju jadi bijak dan pandai dari orang lain?
tu yang pening tu...
ilmu firasat la..makrifat lah...
Allah dan Malaikat berlakon lah...
tak dapat pun kesimpulannya di mana...
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe ...zaman pening tu..bila baca balik ..apa yang saya tulis pun saya rasa errr..
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
oooo...zaman pening....
tak pe...
kata orang german...
kalau tiada yang dahulu, mana lah datangnya sekarang...
walau pening lalat satu ketika dahulu, tapi kerana niat benar nak menuju pada Allah dan Muhammad,
maka sekarang, yang pening itu telah pun dicerahkan...
tak pernah jumpa hitam, manakan tahu sucinya putih....
dan di harap juga, geng sezaman waktu itu pun sama seperti kita...
dah mula nampak barang nama putih itu...
dah mula tak bersandar pada bijaknya akal itu..
ameenn...
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
leka aku baca coretan ah kwan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 1-6-2022 10:42 PM
apa lah punya mengarut...
khadam itu bukan dari makhluk bernama jin...
ianya satu makhluk lain ...
Maaf nak bertanya..
Iblis pula siapa? Adakah konco2 azazil? Syaitan adalah kelompok yg lain..ok ni faham. Azazil ni dia berseorangan la ye? |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
jangan silap...
syaitan golongan yang lain, tapi bukan makhluk seperti jin..tiada jasad...
ia bukan sekumpulan...
iblis adalah nama bagi azazil setelah dilaknat kerana enggan sujud pada adam a.s
sebelum peristiwa itu, namanya azazil...
selepas peristiwa itu, namanya di tukar kepada iblis...
dah sebelum azazil ini terpengaruh dengan bisikan syaitan, dan ramai lagi jin lain terpengaruh pun...
cuma pangkat mereka tiada setinggi azazil...
bila azazil terpengaruh dan bertukar menjadi iblis...maka dia menjadi makhluk paling berpengaruh kerana tingkat ilmunya...
baru lah jin jin lain menghambakan diri padanya..
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan, kenapa golongan jin kedua yg menjaga amanah gunung dan lautan tak hukum org2 skrg yg byk buat kemusnahan dkt alam ni ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
hukum siapa?
mereka yang tebang balak?
mereka yang cemarkan laut?
bukan itu macam maaa...
mandat mereka bukan alam ini..
tapi apa yang tersembunyi dalam alam ini...
itu sahaja yang wa faham sebenarnya...
untuk siapa mereka jaga? wa puchi tau..tapi memang untuk ahmad albab..
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 7-6-2022 10:45 AM
hehe
nampak tak kita macam mana hindu itu boleh berkalih dari agama tauhid ibrahim ke hindu?
Tekun i baca penerangan ni......terbaik la... |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang nak tau sangat ni..apa yang tersembunyi tu..macam harta karun ke? atau apa contoh nya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|