CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pulau Pinang] Saifuddin maklum ada urusan di luar negara: Speaker

[Copy link]
Post time 27-5-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Saifuddin maklum ada urusan di luar negara: Speaker
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 27 Mei 2022



Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) bergambar bersama ahli-ahli DUN selepas majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. Foto Bernama


GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 pada Jumaat kerana mempunyai urusan lain di luar negara.


Perkara itu dimaklumkan melalui surat rasmi kepada Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang pada 24 Mei lalu.


"Dia beri surat sendiri (bertarikh 23 Mei) kepada saya memberitahu bahawa tidak dapat hadir ke Majlis Perasmian DUN pada hari ini (Jumaat) kerana mempunyai urusan di luar negara yang dijadualkan lebih awal.



Law Choo Kiang


"Itu hak wakil rakyat, dia cuma maklum Dewan saja, itu sudah cukup. Itu (alasan tersebut) tiada masalah," katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan DUN di sini pada Jumaat.


Katanya, semua wakil rakyat mempunyai hak untuk tidak hadir ke Majlis Perasmian DUN namun perlu memaklumkan secara rasmi kepada Dewan.


"Itu hak wakil rakyat masing-masing tetapi sebaik-baiknya hadir lah. Dulu ada juga wakil rakyat yang tidak sempat hadir, itu perkara biasa.


"Dia (Saifudin) memaklumkan bahawa tidak dapat hadir pada hari ini (perasmian) sahaja," katanya.


Sebelum ini, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana ada janji temu untuk pemeriksaan Covid-19 di Kuala Lumpur ketika pembentangan bajet DUN Pulau Pinang pada Oktober 2020.


Tindakan Saifuddin itu telah menimbulkan kekecohan pada sesi persidangan DUN Pulau Pinang yang menyaksikan hampir 10 minit pertikaman lidah berlangsung antara beberapa ADUN berhubung isu ketidakhadiran Saifuddin itu dengan menyifatkannya sebagai makan gaji buta.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... luar-negara-Speaker
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054693 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list