Bila kau ngidam tempeh. Hirisan tebal siap aroma daun pisang.
Tapi bila kau pergi beli.
Siot je kecik giler dahla nipis nak potong? perlu potong lagi ke? Tak acer langsung.
So godek2 internet I jumpa resepi tempe/ tempeh. Dua bahan je rupanya:
Kacang soya
Ragi tempe
Tepung beras
Cara dia sempoi je, rumit satu hal je kena ambil 1KG KACANG SOYA biar kembang dalam air selama 4 jam, kemudian rebus sampai mendidih kemudian letak bawah sinki kacau2 ayak2 buang kulit dia. Bila dah bersih dari kulit masuk air rebus biar mendidih sekali lagi. Dah siap toskan air, tabur atas towel biar kering guna la kipas ke ape. Ok part susah dah setel.
Masukkan 1SUDU RAGI TEMPE pada 1SUDU TEPUNG BERAS, kacau rata kemudian taruk semua atas 1KG KACANG SOYA yang dah kering tapi lembut tu kacau rata lagi. Sekilo tu banyak siyes banyak. Ambil sesenduk dua masukkan dalam plastik (jangan bagi penuh biar 3/4 bekas je), kemudian tutup/ seal. Cucuk2 lubang pada plastik untuk ragi bernafas. Biar dua hari nanti ragi akan ubah tepung beras jadi bahan foamy white pada kacang soya yang biasa kita nampak pada tempe.
Setel, nak lebih aroma? Jangan guna plastik tapi wrap guna daun pisang.
Ni makanan tinggi protein, sesuai nak ganti ayam yang makin susah nak dapat sekarang ni, ayam pencen? uh kalau boleh elakkan la tu ayam tua yang kalau tak kerana ubat/ antibiotik dah lama berpenyakit.
Disclaimer: Walau tempe tinggi protein, tapi protein tempe (tumbuhan) dan protein ayam tak sama okay walau secara kimia amino acid-nya tu sama, tentu2 kalau makan ayam kita dapat banyak tenaga berbanding tempe. Tapi yang penting kat sini, protein perlu untuk bina dan maintain otot, kulit semua benda la kat badan kita ni semua protein. Jadi sila pastikan dapat protein yang cukup setiap hari, tak perlu berlebihan sebab kalau lebih badan kumuhkan/ takpun simpan je dalam lemak tiada nya jadi superpower ke apa.
Lepas dah siap semua korang perasan eh? tiap kali nak buat kena beli ragi ke? Ada cara ini solusi dia ambil satu plastik 300G TEMPE yang dah siap, keluarkan, hiris macam dan keringkan dua hari. Kemudian blender tapis halus. Kemudian ambil 1 CAWAN TEPUNG BERAS, masak kering atas kuali kacau2 selama 10-15 minit, biar sejuk. Dah sejuk campur sekali dengan tempe yang dah blended tadi. Siap ragi tempe simpan dalam bekas kedap udara sedia diguna di masa depan. Expiry Date: 3-4 Years.
Tapi bila korang rasa korang nak tempe tapi tanak buat atas tu semua, beli jela. Nah hasil orang kita bangsa J. Dia bersama 22 pekerja hasilkan 8000 Poji's Tempe setiap hari.
tempe tu perap dengan bawang merah blend, bawang putih blend, jintan putih, jintan hitam, asam keping, serbuk ketumbar, garam sikit je, gula.
perap dalam 2 jam. lepastu rebus, sampai air kering.
lepastu goreng garing.
sedaaaaaaaaap. i time pantang makan tu je dah kenyang cukup semua rasa rempah untuk panaskan badan, manis2 masam, rasa hangit2 garing gituh (bukan hangit hangus).
Post time 9-12-2022 12:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tempe dekat indon je yang ada jual sebongkah macam gambar pertama. Baru rp5k je sebongkah. Ada ke jual macam ni di sini? Malaysia punya semua nipis dan kedekut. Dah nipis macam tu, apa je resepi boleh buat