|
Caprice tampil bersuara selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pendapat mengenai isu video tular yang memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa mirip anak kepada penceramah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee bercium dengan seorang wanita.
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa tidak faham dengan sikap netizen yang mengecam penceramah terkenal itu disebabkan video tular anak lelakinya.
Foto: IG
“Video panas Syafii Tee, Ridhuan Tee akui diri tidak sempurna. First of all, Malaysia, Cap tak Tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita Ustaz, anak kita confirm takkan buat dosa. Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm takkan buat jahat.”
Tambahnya lagi, dia turut memberitahu bahawa tiada manusia yang sempurna dan merasa yakin setiap ibu bapa cuba untuk memberikan apa yang terbaik terhadap anak-anak mereka.
“My point is, Malaysia, tiada siapa dekat muka bumi ini yang sempurna. Dan Cap yakin ibu bapa akan sentiasa bagi terbaik untuk anak-anak mereka.
Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar dari kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap. Asalkan kita belajar dari kesilapan. Ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan".-CARI
Sumber: Murai.my
|
|