CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V146'

 Close [Copy link]
 Author| Post time 5-6-2022 12:02 PM | Show all posts
Gagal kekal budaya membaca jejas usaha kerajaan bina negara bangsa


Kuala Lumpur: Kegagalan mengekalkan budaya membaca bukan sahaja menjejaskan dan menghancurkan usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tetapi ia juga 'membunuh' bukan hanya industri buku tetapi juga karyawan-karyawannya.

Beliau menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia agar menerapkan budaya membaca bagi melahirkan masyarakat bertamadun, berilmu pengetahuan dan berkeperibadian unggul.

"Bagi umat Islam, membaca adalah perkara yang diutamakan. Malah perkataan 'Iqra' (bermaksud 'bacalah') perintah yang menjadi wahyu al-Quran pertama dalam risalah nubuwwah (kenabian).

"Perintah ini bukan sekadar merujuk kepada membaca kitab suci semata-mata tetapi juga kewajipan menerokai gedung ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MKBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2022, Mohd Khair Ngadiron.

Beliau berkata, Keluarga Malaysia boleh mencontohi masyarakat Jepun yang terkenal dengan sikap mereka yang suka membaca.

"Budaya membaca menjadi satu daripada sebab kejayaan negara Matahari Terbit itu.

"Ketika berada di Jepun bagi lawatan kerja ke minggu lalu, saya dapat lihat sikap cintakan ilmu bukan sahaja kalangan anak muda, malah golongan dewasa juga mempunyai sikap yang sama.

"Malah, lihat sahaja tokoh-tokoh atau ahli perniagaan dunia yang berjaya seperti Bill Gates, beliau membaca 50 buku setahun," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata PBAKL 2022 menyasarkan kehadiran seramai 700,000 hingga sejuta pengunjung secara bersemuka.

Katanya, PBAKL adalah pesta buku terbesar negara yang mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri buku dan memupuk budaya membaca serta mewujudkan masyarakat celik ilmu.

"Selepas penganjurannya secara fizikal atau bersemuka tertangguh Februari lalu akibat pandemik Covid-19, saya percaya pastinya ramai yang menanti-nantikannya terutamanya Keluarga Malaysia yang sentiasa dahagakan ilmu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bina-negara-bangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2022 12:02 PM | Show all posts

sama sama zura





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:03 PM | Show all posts
mattzzx replied at 5-6-2022 11:39 AM
harap2 gitu lah
matt pun bukan layan yg lain sangat
youtube pun jarang2 jer buka, itu pun masa nak ...

zura pun. kerana cari ni la gali abis lagu2 sb nk tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:04 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:00 PM
aah sb majlis pakcik dan makcik dia.
opkos dia nk pegi dedua. tp dia sendiri ada kekangan.

niat dah baik tu
tapi kalau ada kekangan yg tidak di elakkan nak buat macmana kan...
redha saje lah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:05 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:01 PM
ye la matt
klu dpt teruskan kt sini alhamdulillah.

selagi kita mampu kita layan lah dulu cari ni kan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-6-2022 12:05 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:03 PM
zura pun. kerana cari ni la gali abis lagu2 sb nk tepek

kita satu tujuan yg sama
nak dapatkedit kat lubuk2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:06 PM | Show all posts
mana @NaylaArisha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2022 12:07 PM | Show all posts
mana @novelloverzz
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:07 PM | Show all posts

dah semakin mendung kt sini...tmpt matt mendung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:09 PM | Show all posts
mattzzx replied at 5-6-2022 11:56 AM
dulu Bijan ketawakan kerajaan PH tak boleh nak kawal harga telur
masa tu telur murah lagi
tapi sek ...

org umngok mmg mcm tu.
masa hentam org bergegar dunia.
tp time dia jaga tak diherannya kt rakyat walau harga dah naik tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:09 PM | Show all posts
Pemansuhan permit import perkukuh jaminan makanan, elak kenaikan harga
Jun 5, 2022 @ 11:34am



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) makanan baru-baru ini dilihat mampu menjadi penyelesaian bagi membolehkan pasaran beroperasi secara bebas dalam usaha memperkukuh jaminan makanan serta mengelak berlakunya kenaikan harga.

Kalangan ahli ekonomi juga menyifatkan langkah berkenaan dapat menggalakkan perniagaan, perdagangan dan pelaburan, selain mewujudkan penyelesaian yang saling menguntungkan, khususnya manfaat untuk rakyat.

Profesor Ekonomi di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Dr Geoffrey Williams berkata, tindakan kerajaan itu juga tepat dari segi peringkat had atau siling harga serta liberalisasi pasaran dalam memastikan bekalan makanan terus mencukupi di negara ini.

"Kita sepatutnya menyaksikan tekanan harga itu berkurangan (akibat pemansuhan AP) dan ini akan memberi manfaat kepada pengguna dalam jangka masa pendek.


"Sekiranya AP tidak dilaksanakan semula, ini akan membawa manfaat jangka panjang daripada segi harga yang lebih rendah, pilihan produk yang lebih banyak serta lebih berkualiti," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan AP bagi produk makanan berkuat kuasa serta-merta untuk memastikan bekalan makanan negara yang mencukupi.

Malah, antara isu yang menjadi perhatian pada masa ini adalah masalah kekurangan bekalan ayam.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, import makanan terkumpul Malaysia berjumlah RM482.8 bilion untuk tempoh 10 tahun lalu, manakala eksport sebanyak RM296 bilion.

Bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna di Malaysia, produk makanan mesti diimport dari seluruh dunia terutama bawang, produk tenusu, kopi, tepung gandum, teh, bawang merah, kentang dan minyak masak.

Mengulas lanjut, Williams yang turut bertanggungjawab dalam usaha penyelidikan dan inovasi MUST, menyifatkan pemansuhan AP sebagai langkah penting ke arah mewujudkan pengaturan perjanjian perdagangan yang lebih terbuka, bebas serta telus.

"Ini sepatutnya diperluaskan lagi dengan melangkaui makanan dan ke arah pemansuhan semua AP dan sekatan import kecuali atas alasan kesihatan dan keselamatan.

"Tindakan sedemikian dapat menggalakkan lagi perniagaan dan perdagangan, mengurangkan harga untuk pengguna serta menurunkan kos yang ditanggung oleh kerajaan. Penyelesaian yang saling menguntungkan ini akan dapat menggalakkan pelaburan, pekerjaan dan pertumbuhan serta membantu menurunkan harga makanan," katanya.

Sementara itu, Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng berkata, kalangan anggota kartel makanan ini misalnya perlu berdepan persaingan pasaran secara terbuka apabila AP tersebut dimansuhkan.

"Namun, mereka sebenarnya masih mempunyai kelebihan sekiranya telah mewujudkan rangkaian pengedaran dan operasi yang sememangnya menguntungkan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... elak-kenaikan-harga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:10 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:07 PM
dah semakin mendung kt sini...tmpt matt mendung tak?

sini pun mendung juga...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:11 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:09 PM
org umngok mmg mcm tu.
masa hentam org bergegar dunia.
tp time dia jaga tak diherannya kt rakyat w ...

itu lah
kuman seberang nampak
gajah depan matt tak nampak
mereka pandai kutuk orang lain sajee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:11 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-6-2022 12:09 PM
org umngok mmg mcm tu.
masa hentam org bergegar dunia.
tp time dia jaga tak diherannya kt rakyat w ...

zura nak pergi spital kol brapa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:13 PM | Show all posts

KL, Selangor diramal hujan lebat berterusan sehingga 2 petang


PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kebanyakan tempat di Selangor dan Negeri Sembilan sehingga pukul 2 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala kawasan Jelebu serta Seremban bagi Negeri Sembilan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

MetMalaysia menambah, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -sehingga-2-petang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2022 12:14 PM | Show all posts

Harga runcit durian di Semenanjung terus naik


PUTRAJAYA: Isu boikot durian dilancarkan segelintir pihak sebagai protes kerana marah dengan harganya yang mahal ternyata tidak memberi kesan kepada peniaga buah tersebut.

Malah tinjauan terbaharu dilakukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapati, harga runcit ‘raja buah’ itu terus meningkat sedikit berbanding minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, varieti durian premium masih di bawah RM100 sekilogram dengan paling mahal jenis D200 atau lebih dikenali Duri Hitam yang mencatatkan harga tertinggi iaitu RM92.

Dua minggu lepas, klon yang juga lazim disebut sebagai Ochee dan mula didaftarkan di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada 2016 itu merekodkan harga runcit RM90.

Turut meningkat sebanyak RM2 sekilogram ialah varieti D197 yang popular dirujuk sebagai Musang King apabila mencatatkan harga runcitnya RM62 berbanding pertengahan bulan lalu.

Begitu juga klon D160 atau Buluh Bawah dan Tekka dan berasal dari Banting, Selangor apabila dijual RM42, bertambah RM4 daripada harga lama sebelumnya.

Baka D175 atau Udang Merah bagaimanapun mencatatkan kejatuhan dengan durian jenis itu merosot RM5 sekilogram untuk awal bulan ini menjadi cuma RM30 selain durian klon kahwin kampung apabila dijual lebih murah RM3 sekilogram kepada harga semasa hanya RM20.

Keadaan berbeza pula dengan baka durian kampung apabila meningkat RM2 sekilogram menjadi RM18 manakala klon D24 atau disebut Sultan pula kekal harganya RM35.

Dalam pada itu, tinjauan agensi tersebut mendapati, baka durian import popular dari Thailand dikenali Puangmanee melonjak sebanyak RM7 sekilogram dengan harga terkini RM35.

Sementara satu lagi klon dari negara jiran tersebut yang dikenali sebagai Chanee atau biasa juga disebut Tembaga pula masih lagi kekal dengan harga lama iaitu RM20 sekilogram. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... nanjung-terus-naik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 12:15 PM | Show all posts

Covid-19: Hanya 3 negeri catat lebih 100 kes

   


PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,586 kes berbanding kelmarin, 1,841 kes dan diatasi 2,185 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 756 kes diikuti Kuala Lumpur (297), Pulau Pinang (110), Perak (92), Negeri Sembilan (80) dan Sabah (55).

Ini diikuti Melaka (44), Johor (34), Putrajaya (33), Kedah (31),  Sarawak (25), Pahang (15), Terengganu (7), Kelantan (5),  Perlis (5) dan Labuan, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 417 orang berbanding kelmarin, seramai 500 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 27 orang bersamaan jumlah kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,681 kes.

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,559 kes. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/covid- ... atat-lebih-100-kes/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:15 PM | Show all posts
mattzzx replied at 5-6-2022 11:57 AM
memang org jenis gitu
bila kena batang hidup sendiri baru dia rasa panas

masalahnya dah kena kt diri sendiri tak insaf.
tetap juga nk cari salah org.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:16 PM | Show all posts
mattzzx replied at 5-6-2022 11:58 AM
tempat matt ni banyak jer parking  dan free

owh bagus kerajaan situ. kt sini parking kt shoplot kena byr.
biasa org mpsj dtg pagi sebelum kul 12.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.235986 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list