CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 2

[Dunia] Anak kelahiran Malaysia bakal jadi Menteri Luar Australia

[Copy link]
Post time 26-5-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Anak kelahiran Malaysia, Penny Wong, adalah antara lima anggota kaukus Parti Buruh yang akan menjadi barisan menteri pertama mengangkat sumpah esok selepas pilihan raya umum Australia.

Penny, yang berkelulusan undang-undang, dilahirkan di Kota Kinabalu tetapi berpindah ke Australia pada 1976 ketika berusia lapan tahun, dijangka dilantik sebagai Menteri Luar Australia.

Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Senat mewakili Parti Buruh pada 2001 dan pernah dua kali dilantik semula pada 2007 serta 2013.

Di bawah kerajaan Kevin Ruud pada 2007, Penny dilantik menteri Perubahan Iklim dan Air dan selepas pilihan raya umum 2010, dilantik sebagai Menteri Kewangan.


Pada 2013 Penny dilantik sebagai Ketua Kerajaan di Senat dan selepas pertukaran kerajaan pada tahun yang sama, beliau dilantik Ketua Pembangkang di Senat iaitu wanita pertama bagi memegang kedua-dua jawatan itu.

Susulan pilihan raya umum 2016 pula, Penny dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Senat dan sebagai Menteri Luar dalam Kabinet bayangan parti Buruh.

Beliau dijangka menyertai Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese, yang akan akan bersama Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India pada sidang kemuncak Quad selama dua hari, dalam tugas rasmi pertama selepas memenangi pilihan raya kebangsaan.

Albanese berkata anggota daripada pasukan kerajaannya akan mengangkat sumpah, esok, sekali gus membolehkan beliau menghadiri sidang kemuncak di Tokyo pada keesokan harinya bersama Penny.

Kumpulan Quad disatukan oleh keinginan negara anggota untuk mengimbangi saingan ekonomi dan geopolitik China yang berkembang selain ketenteraan dan pengaruh teknologi.

Australia semakin berwaspada dengan pengaruh Beijing di rantau Pasifik yang pesat berkembang.

Baru-baru ini, China menandatangani perjanjian keselamatan dengan Pulau Solomon, mencetuskan kebimbangan Amerika AS dan Australia bahawa ia mungkin mewujudkan pangkalan tentera di negara Pasifik itu. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tu pon nk heran...kt Msia...anak cina,anak india,anak melayu,anak jawa,anak bugis,anak kadazan dusun,anak iban,ank sesapa..ada jer jd menteri...apo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi, so dia kawin sesama jenis kira tiba2 tak apa la ye asalkan dia anak kelahiran malaysia je yg mana dia pun identify as Australian.  Hari tu anak kelahiran malaysia buka malaysian cafe kat ny tu tiba2 sentap pula bila org tu ckp dia lgbt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088902 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list