CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pengetua lepas, bebas tuduhan amang seksual empat pelajar

[Copy link]
Post time 24-5-2022 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Pengetua lepas, bebas tuduhan amang seksual empat pelajar

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 24, 2022 @ 12:48pm  bhnews@bh.com.my


BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan dan melepaskan seorang pengetua sekolah menengah yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya pada 2018.

Hakim, Noor Aini Yusof, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Zainuren Mohamed, 58, di akhir kes pendakwaan.

"Berdasarkan kepada penilaian maksimum dan selepas membaca serta meneliti penghujahan yang difailkan kedua-dua pihak, maka mahkamah mendapati pada ketika ini pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan berkenaan.

"Oleh yang demikian, tertuduh diperintah dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri. Secara ringkasnya alasan mengapa mahkamah berbuat sedemikian adalah kerana isu kredibiliti saksi, terdapat banyak penyimpangan dalam kes pendakwaan serta kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi utama," katanya ketika membuat keputusan pada prosiding kes hari ini.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan wang jaminan (RM54,000) dikembalikan semula kepada tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh diwakili peguam bela, E Gnasegaran.

Pada Januari 2019, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya dan minta dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki berusia 11, 13 dan 14 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah di sini antara jam 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Gnasegaran ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan seramai sembilan saksi dipanggil dalam kes itu, namun keterangan semua saksi tidak konsisten menyebabkan mahkamah membebaskan tertuduh.

Sementara itu, tertuduh yang ditemani isterinya kelihatan sebak dan meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membersihkan namanya serta berterima kasih kepada peguam bela dan rakan-rakan yang menyokongnya sejak awal perbicaraan empat tahun lalu.



Pengetua, Zainuren Mohamed, 58, (kiri) bersama peguam bela, E Gnasegaran selepas dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya, empat tahun lalu di Mahkamah Butterworth










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2022 02:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list