CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pulau Pinang] USM lahirkan ramai pakar bedah neuro

[Copy link]
Post time 23-5-2022 08:01 PM | Show all posts |Read mode
USM lahirkan ramai pakar bedah neuro
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 23 Mei 2022




Dr Jafri Malin (tiga dari kanan) bersama Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan(dua dari kiri) melihat skrol ijazah yang diterima Dr Ang (kiri) Dr Diana Noma (dua dari kanan), dan Oon Yen Min (kanan).


GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) telah melahirkan 110 daripada 152 pakar bedah neuro bertauliah yang ada dalam negara berdasarkan data terkini daripada National Specialist Register (NSR).


Pakar Bedah Neuro merangkap Pensyarah Pembedahan USM, Profesor Datuk Dr Jafri Malin Abdullah berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun belum cukup untuk menampung keperluan sebenar negara.


Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah meminta agar USM selaku perintis program berkenaan, bersama-sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan.


“Pihak KKM menyeru agar kita dapat melatih kira-kira 25 pakar setahun dan bermula Disember tahun ini, USM, UKM dan UM akan bekerjasama untuk melatih pakar-pakar neuro untuk cuba menampung keperluan di seluruh negara,” katanya.


Jafri Malin yang juga Pengerusi Kluster Otak dan Tingkah Laku, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM ditemui ketika Upacara Konvokesyen ke-59 USM di sini semalam.


Dalam upacara pada sidang ketiga itu, seramai 574 graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing, antaranya Sarjana Neurosains, Sarjana Neurosains Kognitif, Sarjana Psikologi Klinikal dan sebagainya.


Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah graduan-graduan cemerlang bagi program berkenaan, antaranya Dr Ang Song Yee dan Dr Diana Noma Fitzrol, masing-masing kini telah memulakan karier sebagai tenaga pengajar di Kampus Kesihatan USM.


Dalam pada itu, Timbalan Penyelaras Program bagi kursus Sarjana Neurosains Kognitif, Dr Aini Ismafairus Abd Hamid pula berkata, sarjana Neurosains Kognitif juga merupakan antara kursus kritikal yang amat diperlukan dalam bidang sains, teknologi dan kesihatan negara.


Beliau berkata, program secara kerja kursus itu mula ditawarkan di USM pada 2018 dan sehingga kini seramai 21 graduan telah berjaya berijazah dalam kursus berkenaan yang turut menerima calon dari pelbagai bidang sains dan sastera.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-pakar-bedah-neuro
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list