CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Kedah] Ibu saudara dipercayai mabuk, tak sedar mangsa dinodai suami

[Copy link]
Post time 23-5-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Laporan Harian Metro.

Sungai Petani: Mabuk terlampau teruk dipercayai menjadi punca sehingga membuatkan seorang wanita tidak menyedari perbuatan keji dilakukan suami yang merogol anak saudaranya dalam bilik tidur mereka.

Difahamkan, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit meneguk minuman keras menyebabkan kedua-duanya mabuk sehingga si isteri langsung tidak sedarkan diri dan tertidur dalam bilik bersama dua anak serta mangsa.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati ibu saudara mangsa langsung tidak menyedari kejadian menimpa remaja itu walaupun ia berlaku dalam bilik tidur sama.

"Kita tidak menolak kemungkinan ibu saudara mangsa tidak sedarkan diri akibat mabuk kerana difahamkan pasangan terbabit sebelum itu meminum arak," katanya juga memaklumkan, remaja terbabit sudah berhenti sekolah sejak hampir setahun lalu.

Sumber itu turut memberitahu, hasil siasatan awal mendapati mangsa masih mempunyai ibu bapa namun dia diserahkan kepada neneknya untuk dijaga sejak setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi juga tidak menolak kemungkinan ibu saudara mangsa tidak sedar mengenai kejadian rogol itu kerana terlalu mabuk.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ibu saudara mangsa yang mabuk hingga tidak sedar kejadian menimpa remaja itu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes rogol berkenaan masih dijalankan kerana suspek baru direman hari ini dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenainya.

Harian Metro hari ini melaporkan, seorang remaja mendakwa dirogol bapa saudara ketika menumpang tidur dalam bilik di rumah suspek dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angsa-dinodai-suami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list