View: 2101|Reply: 11
|
[Tempatan]
Dua beranak ditemukan tergantung
[Copy link]
|
|
Dua beranak ditemukan tergantung
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
Rawang: Dua beranak ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 10.17 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa pertama adalah seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, manakala mangsa kedua adalah lelaki berusia 35 tahun.
"Hubungan kedua-dua mangsa berkenaan adalah ibu dan anak kandung," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zainal berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah.
"Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk ditemui. Barang peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat mangsa berkenaan juga tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa berkenaan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.
"Sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233," katanya.
Disiarkan pada: Mei 22, 2022 @ 8:55pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru je baca status WhatsApp ex ofismet dia cakap tragedi kehilangan makcik dan sepupu.. Tapi takkan lah pula kes ni!?
Nak tanya lebih lanjut tapi tak sampai hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2022 11:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Belibis replied at 22-5-2022 09:43 PM
Bangsa apa????
tak sure sis.. kat fb semua cakap mendiang sebab kampung ni ramai orang cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.....
Along kacau ke....kesian kat mak yg umor 71thn...struggle masa nk mati tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ramai sangat yang nak bunuh diri sekarang ni? Apa yang tak kena kat Malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Depression ke ni anak beranak. Pilunya nak prepare tali gantung untuk mak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 23-5-2022 07:39 AM
Kenapa ramai sangat yang nak bunuh diri sekarang ni? Apa yang tak kena kat Malaysia ni?
Ish kau biar benar dek? Takkan kau tak nampak malaysia tengah kacau bilau sekarang ni sis? |
|
|
|
|
|
|
|
yang terjun jambatan, yang tergantung..naik seriau tengok kes ni tiap2 hari2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|