CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Kedah] Tiga beradik 'Geng Kontong' dicekup polis

[Copy link]
Post time 22-5-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Redzuan menunjukkan barang rampasan selepas menahan lapan suspek 'Geng Kontong' yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan kedai di Kulim sejak awal tahun lalu. - Foto IZAD THAQIF HASSAN

KULIM: Kegiatan tiga beradik dikenali sebagai 'Geng Kontong' yang aktif melakukan pecah rumah serta kedai tumpas apabila ditahan ketika melarikan peti besi selepas memecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Taman Kemuning, dekat sini.

Tiga beradik berusia 21 hingga 28 tahun itu ditahan Rabu lalu, bersama lima lagi suspek yang turut bersekongkol dengan mereka selepas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melakukan beberapa serbuan di daerah ini dan juga Pulau Pinang.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5.40 pagi, polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terlihat tiga lelaki sedang mengheret peti besi dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, sepasukan anggota kereta peronda polis (MPV) tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian membuatkan semua suspek bertempiaran melarikan diri meninggalkan peti besi terbabit di hadapan sebuah hotel bajet.

Susulan daripada itu, katanya, polis menerima laporan daripada pemilik sebuah kedai telefon bimbit selepas mendapati pintu belakang dipecah serta keadaan dalam premis berselerak selain peti besi mengandungi 30 telefon bimbit dan dokumen hilang.

"Kita kemudian menahan dua suspek dalam serbuan pertama di tepi jalan di daerah ini disusuli tiga lagi suspek di inap desa Taman Kasawari, Simpang Empat Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi suspek kemudian ditahan di Kampung Padang Janggus, Junjong manakala dua lagi tangkapan terakhir dilakukan di Pulau Pinang.

"Siasatan mendapati ahli kumpulan ini termasuk tiga adik beradik dikesan aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan kedai ini sejak awal tahun lalu.

"Selain tiga beradik berkenaan, kita turut menahan lima lagi suspek yang juga terdiri daripada individu yang membeli barang curi daripada kumpulan penjenayah terbabit," katanya ketika sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, hasil siasatan mendapati ketika kejadian, tiga suspek dilihat sedang menarik peti besi terbabit sejauh 100 meter menuju ke hotel bajet berhampiran dan mereka gagal membuka pintunya.

"Kita percaya suspek ingin memecah pintu peti besi itu di hotel bajet terbabit bagaimanapun perbuatan mencurigakan mereka dilihat orang awam yang kemudian menghubungi polis. Suspek dilihat mengheret peti besi yang mempunyai roda itu menggunakan motosikal sebelum mereka yang terkejut dengan kehadiran polis terus melarikan diri," katanya.

Difahamkan, suspek menyangka peti besi terbabit mengandungi wang atau barang berharga lain tanpa menyedari pemiliknya hanya mengisi telefon bimbit pelanggan yang sudah rosak dan untuk dibaiki.

Berikutan itu, Mohd Redzuan berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan empat kes pecah kedai serta rumah sekitar daerah ini dan tidak menolak kemungkinan beberapa kes seumpamanya turut dilakukan geng berkenaan di Pulau Pinang.

"Semua suspek didapati memilik rekod lampau bersabit kes jenayah serta dadah dan mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Kita turut merampas sebuah kereta dan dua motosikal yang digunakan suspek ketika melakukan kegiatan pecah kedai terbabit," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ntong-dicekup-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068218 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list