CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pulau Pinang] Safiyya Aisyah dijangka hidup enam bulan saja lagi

[Copy link]
Post time 22-5-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

SAFIYYA Aisyah bersama ibu, Syamimi Athirah dan bapanya, Shahrul Asyraf Shaharuddin, 33. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Usianya baru saja menginjak enam tahun, namun sudah diuji dengan penyakit kanser otot (Rhabdomyosarcoma) sejak tiga tahun lalu.

Lebih menyedihkan apabila doktor pakar mengesahkan bahawa kanser yang dihidapi Safiyya Aisyah Shahrul Asyraf sudah berada di tahap akhir dan dijangka mempunyai tempoh hayat selama enam bulan.

Ibu kanak-kanak itu, Syamimi Athirah Sanusi, 30, berkata, anak tunggalnya disahkan mengidap penyakit berkenaan selepas paha kanannya mempunyai benjolan sebesar bola golf serta kerap mengalami demam.

Suri rumah itu berkata, Safiyya Aisyah sehingga kini sudah menjalani dua pembedahan bagi merawat penyakitnya.

"Sepatutnya Safiyya Aisyah perlu menjalani rawatan ketiga dengan kadar segera namun menurut doktor pakar, peluang bagi anak saya sembuh amat tipis iaitu hanya 20 peratus walaupun selepas rawatan memandangkan dos ubat yang akan diberikan juga tinggi.

"Menurut doktor pakar lagi, daripada 10 pesakit yang menjalani rawatan itu, hanya dua kes saja berstatus berjaya dengan peluang hidup tipis menyebabkan kami mengambil keputusan supaya tidak meneruskan rawatan berkenaan," katanya yang tinggal di Jalan Kampung Parit Hussain, Padang Serai, Perak.

Syamimi Athirah berkata, biarpun masih berharap anaknya akan sembuh, dia dan suami, Shahrul Asyraf Shaharuddin, 33, tetap berusaha menggembirakan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, Safiyya Aisyah gemar melukis dan aktif di rumah serta disenangi guru di sekolahnya kerana kepetahan bercakap.

"Minggu lalu, Safiyya Aisyah menyuarakan hasrat mahu bermain salji bersama keluarga dan kami akan sedaya upaya memenuhi impiannya itu sebelum dia pejamkan mata buat selama-lamanya.

"Ibu bapa mana yang tidak sedih tambahan pula Safiyya Aisyah satu-satunya anak kami, namun saya dan suami tidak mahu menunjukkan kesedihan itu di hadapannya," katanya lagi.

Terdahulu, keluarga kanak-kanak itu ditemui dalam program sambutan hari jadi anjuran Dimash Fan Club Khazakhstan dengan kerjasama Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) di McDonalds Birch House, Jalan Datuk Keramat, di sini, semalam.

Sambutan itu disertai seramai 30 kanak-kanak pejuang kanser bersama ibu bapa masing-masing.

Hadir sama, Presiden FOCCAN Maznah Tayib serta Duta Kazakhstan di Malaysia, Bexultan Abdizhalil.

Sementara itu, Maznah berkata, pihaknya bercadang mahu membawa Saffiya Aisyah ke i-City Shah Alam, Selangor dalam masa terdekat bagi memenuhi hasrat si cilik itu namun bergantung kepada tahap kesihatannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nam-bulan-saja-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.203225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list