CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga ayam resah

[Copy link]
Post time 22-5-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai beratur menunggu giliran untuk mendapatkan ayam segar di Pasar Awam Bayan Baru. FOTO Mikail Ong

Bayan Lepas: Peniaga ayam di negeri ini menyuarakan keresahan berikutan masalah bekalan masih belum menunjukkan tanda akan pulih dalam tempoh terdekat.

Tinjauan di Pasar Awam Bayan Baru di sini mendapati orang ramai sanggup keluar seawal 7 pagi dan beratur menunggu giliran untuk mendapatkan ayam segar.

Peniaga, Mohd Fauzi Aris, 55, berkata, sejak beberapa hari lalu dia menerima sekitar 200 hingga 300 ekor ayam iaitu kurang separuh daripada tempahan biasa dan ayam yang diterima pada hari ini bersaiz agak kecil.

"Kami berusaha dapatkan bekalan ayam daripada beberapa pembekal di Seberang Perai dan ada yang kami minta 200 tapi cuma dapat 50 ekor saja.

"Ada pelanggan tanya saiz kecil begini adakah ia ayam kampung. Tapi ia memang ayam daging dan walaupun kecil, ayam tetap menjadi rebutan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Penyelia premis jualan ayam, Rizal Yusof, 35, berkata, setakat 8.30 pagi, stok ayam segar di gerai tempatnya bekerja cuma tinggal kira-kira 20 ekor dengan 90 peratus pelanggan membuat tempahan awal menyebabkan ayam cepat habis.

Katanya, ketika bekalan ayam normal, pihaknya menempah 600 hingga 700 ekor ayam dari Seberang Perai dan Kulim, Kedah namun jumlah yang diperoleh sejak masalah itu berlaku hanya sekitar 400 ekor.

"Jika tiada masalah bekalan, kami mampu jual lebih banyak kerana permintaan tinggi. Lagipun pada cuti hujung minggu ramai yang buat rumah terbuka atau hendak jamu pada keluarga atau saudara yang balik bercuti.

"Walaupun bekalan tidak mencukupi kami tidak membuat catuan. Kalau habis awal kami boleh kemas awal. Cuma kami berharap sangat bekalan kembali pulih secepat mungkin dan kami pun tidak tahu bila perkara ini akan selesai," katanya.

Bagi pelanggan, Nuraziah Muhd Azman, 42, dia tiada pilihan dan tetap akan membeli ayam dan menganggap harganya masih agak mahal biarpun dijual pada harga kawalan.

"Bagi saya harga ayam mahal sekarang ditambah upah potong ayam. Tapi tidak mengapa kerana ia memudahkan pengguna.

"Macam hari ini saya beli tiga ekor ayam kerana saiznya kecil dan boleh tahan untuk dua hari. Anak-anak lebih gemar ayam. Kalau beli ikan mereka kurang makan," kata ibu kepada empat anak itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /peniaga-ayam-resah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list