CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kenderaan tanpa permit naik Bukit Bendera kena kompaun, dakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 20-5-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kenderaan tanpa permit naik Bukit Bendera kena kompaun, dakwa di mahkamah

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 20, 2022 @ 1:05pm  bhnews@bh.com.my




Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai kawalan lalu lintas di laluan jip pada sidang media Pelaksanaan Peraturan-peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalulintas 2022) di Taman Botani, hari ini.




GEORGETOWN: Pemilik kenderaan yang menaiki Bukit Bendera menerusi laluan kenderaan pacuan empat roda, bakal berdepan kompaun serta pendakwaan di mahkamah, sekiranya didapati tidak memiliki kebenaran atau permit berbuat demikian.

Tindakan itu diambil bagi memastikan kenderaan yang mempunyai permit sahaja menaiki laluan berkenaan bagi mengelak berlakunya kemalangan serta kesesakan lalu lintas di atas Bukit Bendera.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata bagi menangani kemasukan kenderaan tanpa permit Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melaksanakan kawalan secara fizikal dengan pemasangan palang automatik serta pondok kawalan trafik dengan sistem pemantauan kamera litar tertutup (CVTV).

Katanya, PBBPP akan memberi kad akses kepada pemilik kenderaan yang terdiri daripada penduduk, peniaga, kontraktor, pembekal, agensi kerajaan serta mereka yang mempunyai permit bagi naik ke laluan itu.

"Antara usaha lain bagi memastikan kelancaran trafik di laluan dan sekitar kawasan atas Bukit Bendera ialah dengan diletakkan papan tanda notis peringatan had laju di sepanjang laluan berkenaan.

"Selain itu penyediaan kawasan tempat letak kereta dan motosikal, menghad kawasan yang boleh dimasuki, pengubahsuaian segitiga ke bulatan pemasangan 'bollard' ke kawasan tumpuan utama serta penetapan waktu bagi meletak dan memunggah barang," katanya ketika sidang media Pelaksanaan Peraturan-peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalulintas 2022) di Taman Botani di sini, hari ini.

Zairil berkata, PBBPP juga bercadang bagi mewujudkan Seksyen Pengurusan Trafik Bukit Bendera dalam membuat pemantau peraturan supaya tiada pihak yang menyalahgunakan permit serta melanggar peraturan.

Maklumat borang permohonan permit masuk boleh dimuat di laman sesawang https://corporate.penanghill.gov.my/index.php/ms/permohonan-permit-masuk... atau boleh didapati di Pejabat PBBPP semasa waktu pejabat.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP, Datuk Cheok Lay Leng, berkata setakat ini sebanyak 10 kes kemalangan membabitkan kenderaan tanpa permit yang melalui laluan itu, selain spesifikasi kenderaan yang tidak sesuai bagi laluan berbukit.

Katanya, insiden kemalangan seumpamanya menyebabkan penduduk Bukit Bendera menghadapi kesukaran menggunakan laluan itu bagi pulang ke rumah masing-masing.

"Ada juga kes yang mana berlaku insiden lori melebihi 10 tan terbalik dipercayai pemandunya tidak mahir atau tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kenderaan di kawasan berbukit. Jadi sebagai alternatif menyelesaikan isu ini, kita laksanakan pemasangan palang automatik dan lain-lain," katanya lagi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list