CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 1

Taylor Swift terima Doktor Kehormat

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Taylor Swift memberi ucapan ketika majlis konvokesyen Universiti New York. FOTO AFP


New York: Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan Doktor Kehormat dan hadir berucap di acara konvokesyen Universiti New York, di sini, hari ini.

Swift diberikan pengiktirafan khas dalam dalam bidang seni halus dan akhirnya berpeluang menyarung jubah konvokesyen meraikan bersama-sama graduan 2022 dari universiti berkenaan.

Walaupun tidak pernah memasuki kolej dan menyambung pengajian, pemenang Anugerah Grammy itu berjaya menyentuh hati ramai dengan ucapannya.

"Saya rasa tak layak langsung untuk beritahu anda apa perlu anda lakukan. Anda bekerja keras, bergelut, berkorban, belajar dan idamkan laluan anda ke tahap ini.

"Saya takkan memandai-mandai cakap apa yang perlu anda buat kerana tiada siapa pun sukakannya. Bagaimanapun, saya ingin beri anda helah kehidupan sebagaimana impian saya awal-awal dulu bertukar karier.

"Jangan pernah mengalah untuk terus mencuba. Tidak perlu berusaha keras itu adalah mitos," katanya.

Swift yang menulis, menerbitk, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.

Awalnya dia cuma menjayakan siri jelajah di stesen-stesen radio di Amerika Syarikat (AS).

Tidak lama kemudian, dia bertukar menjadi bintang pop sensasi seluruh dunia dan memenangi beberapa trofi Grammy termasuk Album Terbaik menerusi Folklore tahun lalu.

Swift juga pernah menang pada tahun 2010 menerusi album Fearless dan album 1989 pada 2016.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ima-doktor-kehormat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk kat fb speech dia. Congrats tay tay. [em:17:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.266965 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list