|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/fuel-pump-price-petrol-ron97-ron95_1652604649.jpg)
KPDNHEP akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 membabitkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara. - Foto hiasan BERNAMA
PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 membabitkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara.
Ketua Setiausaha KPDNHEP, Azman Mohd Yusof, berkata perkara itu antara cadangan yang baik dalam usaha mengelakkan warga asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi yang dikhaskan untuk rakyat.
"Notis awal yang dipamerkan ini dapat disediakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Thai supaya pengembara luar dapat melihat maklumat awal sebelum masuk ke negara.
"Kita akan menilai aspek keberkesanan pelaksanaan itu terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat," katanya selepas turun padang bagi lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) hari ini.
Selain itu, Azman berkata bagi tempoh 1 Januari hingga April tahun ini, 94 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi di pintu sempadan negara direkodkan KPDNHEP dengan nilai rampasan RM7.88 juta.
"KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu sempadan negara memandangkan ia memberi impak kerugian besar kepada negara," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... amer-notis-di-pintu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|