CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pesta durian Pulau Pinang kembali meriah

[Copy link]
Post time 15-5-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Durian Pulau Pinang khususnya dari Balik Pulau, di sini, paling dinanti penggemar atau 'hantu durian'. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Beberapa kawasan di negeri ini khususnya di Balik Pulau kembali meriah susulan musim Raja Buah yang dinantikan penggemar tempatan dan luar negara.

Tinjauan di sekitar Jalan Anson, Jalan Macalister dan Jalan Burmah juga tidak kurang meriahnya apabila orang ramai berbaris bagi membeli durian sejak pagi.

Pengunjung dari Singapura yang mahu dikenali sebagai Chee, 60-an berkata, dia datang ke Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu dan gembira kerana ia tepat pada waktu musim durian di negeri ini.

"Saya memang 'hantu durian' dan sudah lama mahu merasai durian Pulau Pinang, buahnya 'cantik', kekuningan serta manis," katanya yang datang bersama tiga lagi ahli keluarga.

Bagi Norliana Muhammad Noh, 46, dari Taiping, Perak berkata, lazimnya dia dan keluarga akan bercuti ke Pulau Pinang setiap kali musim durian.

"Tahun lalu memang kecewa kerana tidak dapat datang ke sini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan aktiviti rentas negeri.

"Harganya agak mahal namun apabila sudah dapat rasai keenakannya, 'pejam mata' sajalah," kata pekerja swasta berkenaan.

Sementara itu peniaga buah di Jalan Anson, Ang Hock Leng, 56, berkata, sambutan terhadap pesta durian kali ini amat luar biasa susulan negara yang sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

Katanya, ketika ini durian D604, Musang King dan duri hitam adalah paling banyak dijual manakala jenis lain pula akan luruh bulan depan.

"Orang ramai sudah berbaris sejak jam 10 pagi serta boleh makan terus di meja dan kerusi yang disediakan di sini.

"Peniaga dan pemilik dusun menjangka pesta durian kali ini pasti meriah, sekali gus mengalu-alukan kedatangan pengunjung bagi merasai keunikan dan kelainan rasa buah di negeri ini," katanya.

Hock Leng berkata, durian yang terdapat di gerainya dijual pada harga bermula RM18 hingga RM100 ke atas mengikut jenis.

"Kebanyakan pelanggan di sini, terutama yang datang dari luar Pulau Pinang, memang mahu membeli Musang King dan duri hitam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nang-kembali-meriah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 03:00 PM | Show all posts
sekejapnya dah dtg balik musim durian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041180 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list