Pemain Penang FC (jersi biru gelap muda) bersaing dengan pemain Perak FC pada aksi Piala FA di Stadium Perka, Ipoh, malam tadi. Penang menang 4-1. - Foto ihsan FB MFL.
KUALA LUMPUR: Penang FC layak ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Perak FC 4-1 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Skuad Harimau Kumbang memastikan kemenangan menerusi dua jaringan Hilal El-Helwe pada minit ke-2 dan ke-90 selain masing-masing satu melalui Adib Abdul Raop pada masa kecederaan babak kedua serta gol sendiri Aiman Khairul minit ke-29.
Pemain Penang FC (jersi biru gelap muda) bersaing dengan pemain Perak FC pada aksi Piala FA di Stadium Perka, Ipoh, malam tadi. Penang menang 4-1. - Foto ihsan FB MFL.
The Bos Gaurus mendapat gol sagu hati menerusi jaringan Aqil Hilman Danial Roslan pada minit ke-69.