CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 8

Jemaah Junior Dapat 'Sampul' Kalau Berjemaah Subuh Di Masjid Alwi

[Copy link]
Post time 13-5-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa atau waris yang datang membawa anak-anak kecil ke Masjid Alwi, Kangar, Perlis jangan terkejut sebab disediakan “sampul” untuk setiap jemaah junior sebelum pulang.


Tetapi “sampul” ini hanya diberikan untuk anak-anak kecil berusia 12 tahun ke bawah yang datang berjemaah pada waktu solat Subuh sahaja.




Tabung Rezeki Subuh Jemaah Junior di Masjid Alwi, Kangar untuk memberi peluang kepada orang ramai menjayakan program ini supaya berjalan lancar.




Ini merupakan usaha terbaharu Masjid Alwi bagi menarik perhatian anak-anak kecil supaya datang berjemaah di waktu solat Subuh.


Program Rezeki Subuh Jemaah Junior ini dilancarkan oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang juga Pengerusi Masjid Alwi, malam tadi.


Mulai selepas solat Subuh pada Jumaat, hari ini, program menarik ini sudah bermula pemberian insentif ini.


Pada majlis berkenaan juga dilancarkan Tabung Insentif Rezeki Subuh Jemaah Junior bagi membuka peluang orang ramai menyumbang kepada program ini.


Mohd Asri juga turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak yang hadir.


Dalam ucapannya, Mohd Asri berkata, dalam Islam juga ada menganjurkan pemberian hadiah bgi anak-anak kecil sebagai galakan melatih mereka berpuasa dan solat.


“Mungkin pada peringkat awal anak-anak kecil ini seronok melakukannya kerana berharapkan kepada insentif ini,” ujarnya.


Mohd Asri berkata, beliau percaya lama kelamaan anak-anak kecil ini akan faham dan sebati dalam diri mereka di mana diharapkan terus istiqamah dalam menunaikan ibadah.


Tambah Mohd Asri, pemberian insentif RM3 untuk setiap kanak-kanak yang berjemaah ini adalah sebagai hadiah di atas kerajinan mereka.


“Jika rajin dan datang setiap pagi selama sebulan, sebanyak RM90 boleh dikumpul,” katanya.


Selain itu, beliau berkata, anak-anak ini boleh menggunakan duit insentif ini sebagai wang saku ke sekolah ditambah dengan pemberian ibu bapa atau waris.


Beliau berharap pihak masjid-masjid lain yang ada di Perlis mengikut jejak langkah Masjid Alwi untuk melatih anak kecil berjemaah di masjid bermula dengan solat Subuh.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak de ke nerakazen nk bg fatwa kata wang saku sek adalah tanggungjawab mak pak bg....knp nk gunakn duit insentif anak pulak.....


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama x g perlis
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tua pun beramal nak kejar bidadari tak pelik kalau dari kecik dah dididik sampul sebagai motivasi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mendidik penunggang ugama ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 15-5-2022 01:25 AM

Sorry double posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kocik-kocik dah belajar rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:46 AM | Show all posts
Nak suruh buat ibadah pun nak kena sogok.  Punca sebab tak benarkan kanak2 selalu di mesjid sebab bimbang bising gangu yang tua nak semahyang.  Dulu2 tak perlu sogok pun kanak2 sentiasa di mesjid sebab banyak aktiviti buat mereka.  Bising pun tak ada yang nak marah asalkan mereka suka ke mesjid.  Lama2 pandai je mereka control diri tak memekak masa di mesjid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan gereja ja yang bagi duit untuk tarik orang kepada agama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list