CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 10

Kena Buli Di Sekolah Setiap Hari-Budak 10 Tahun Tak Nak Makan, Alami Tekanan Sampai Botak

[Copy link]
Post time 13-5-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode
London: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di United Kingdom (UK) yang dipercayai menjadi botak sepenuhnya selepas dibuli di sekolah berharap dapat mengumpul wang untuk rawatan rambut.


Metro UK melaporkan Bonnie Pullman mula menjadi mangsa buli, tiga tahun lalu ketika dia hanya berusia tujuh tahun.


Penderaan rakan sebaya menyebabkannya menangis setiap hari.


Foto: Metro UK




Tekanan dihadapi menyebabkan Pullman disahkan menghidap alopesia atau keguguran rambut kritikal.


Biarpun ibunya, Wendy, cuba campur tangan dengan ke sekolah dan cuba menghentikan aktiviti buli itu, rambutnya masih tidak tumbuh semula kerana kebimbangan yang berterusan.


"Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan menangis dan setiap kali itu, kami melihat rambut gugur dari kepalanya.


"Kami diberitahu ia berpunca daripada alopesia yang dikaitkan dengan tekanan yang dialaminya ketika itu.


"Ia sampai ke tahap di mana dia tidak berselera makan, malah saya dapat melihat ia banyak memberi kesan kepadanya, jadi (saya) pergi ke sekolah dan menghentikan perbuatan buli.


"Bagaimanapun, apabila sekolah ditutup selama enam bulan, rambut Bonnie mula tumbuh semula," katanya.


Menurut Wendy, dua minggu selepas anaknya kembali ke sekolah, rambutnya kembali semula dan kemudian botak sepenuhnya.


Wendy berkata, apa yang berlaku memberi kesan kepada kesihatan mental anak perempuannya.


"Ia menyebabkan kesihatan mentalnya merosot sepenuhnya sampai ke tahap dia menjadi tidak lalu makan.


"Keguguran rambut juga menyebabkan banyak isu kesihatan mental untuk imej badan adalah yang utama.


"Dia tidak menyukai dirinya dalam tubuhnya sendiri, dan dia akan berkata seperti, 'Kawan saya cantik, saya tidak cantik'.


"Dia juga tidak pergi berenang di sekolah, malah enggan membenarkan sesiapa melihatnya dalam pakaian renang," katanya.


Sukar untuk dihadapi sebagai seorang ibu kerana anda melihat sejauh mana ia mempengaruhinya dan keluarga


"Satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan adalah menjadi kuat untuknya dan beritahu betapa cantiknya dia sama ada berambut atau tidak," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindah la sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:37 PM | Show all posts
siannya ko dek, kenapalah mak ko tak pindahkan sekolah je. pelik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik je budak ni.. panggil la mana ² org yg sakit tu bwk jumpa naikkn balik smangat confident dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn sama penyakit MCM Bini will smith ke, Jada? Smp kene tampor Chris rock dekat Emmy awards SBB joke PSL Jada..

Pembuli2 ni mmg cilaka..Mgkin org nmpk ala2 gurauan sesama rakan sebaya..tp effect negativenya blh bw smp ke mati..kecuali org yg kuat mental fizikal je blh terima..tp mostly xmampu dik...btlla pepatah..lidah Tu lbh tajam Dr pisau..buat pembuli2 sekalian...den doakan  agar korg mampus kiok cpt2...puihhh gittew den melempiaskan rs marah den kpd pembuli2 taik dog grey...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 13-5-2022 09:50 PM
Bkn sama penyakit MCM Bini will smith ke, Jada? Smp kene tampor Chris rock dekat Emmy awards SBB jok ...

Academy awards dear

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2022 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo pindah sekolah pun aku rasa botak juga. budak ni yg  anxiety.
home school je la dik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-5-2022 05:06 AM
Academy awards dear

Emmy dgn academy xsm ke? Tahla den bknnya hafal Bab anugerah2 ni..JD keliru selalu..ok TQ perbetulkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 14-5-2022 02:18 PM
Emmy dgn academy xsm ke? Tahla den bknnya hafal Bab anugerah2 ni..JD keliru selalu..ok TQ perbetul ...

No need to hafal2
Just  get ur facts right je

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-5-2022 03:06 PM
No need to hafal2
Just  get ur facts right je

Ok..got it..TQ again..peace
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 05:01 PM | Show all posts
Menurut Wendy, dua minggu selepas anaknya kembali ke sekolah, rambutnya kembali semula dan kemudian botak sepenuhnya.


Wartawan ni belajar menulis BM kat afrika ke hape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042051 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list