View: 428|Reply: 0
|
Saya sudah habis lonjak - Syihan
[Copy link]
|
|
SYIHAN hampir membuatkan JDT putih mata di Paroi. FOTO NSFC
Seremban: "Saya sudah bagi yang terbaik dan tidak menyangka sama sekali bola itu masuk ke penjuru gawang, memang ia suatu jaringan bertaraf dunia kerana saya sudah habis lonjak," kata penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC) Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Dia mengulas mengenai jaringan dilakukan Fernando Forestiere pada penghujung perlawanan dalam aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Sepakan lambung menarik penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dari jarak kira-kira 30 meter di luar kotak penalti NSFC gagal ditepis keluar Syihan sekali gus membolehkan skuad bimbingan Benjamin Mora meraih tiga mata.
Syihan berkata, dia akui ada perasaan kecewa dengan kegagalan pasukannya mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata, namun usaha itu tidak kesampaian.
"Kecewa dan rasa sedih itu ada dan kita tak boleh nak lawan takdir dan kena terima hakikat dengan kekalahan itu kerana kita pun tahu JDT mempunyai kekuatan tersendiri sehingga ke peringkat kelab-kelab Asia.
"Tapi secara peribadi, saya bangga dengan rakan-rakan yang telah membantu mempertahankan kubu pasukan sepanjang tempoh permainan sebenar, malah saya akui kami hampir melakukan kejutan terhadap JDT, andai beberapa peluang yang dicipta di hadapan pintu gol lawan itu dapat disempurnakan dengan jaringan," katanya.
Pemain berusia 25 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan memberikan kerjasama hingga tidak menunjukkan rasa putus asa walaupun berhadapan serangan bertali arus daripada jentera serangan Harimau Selatan.
Menurutnya, kehadiran puluhan ribu penyokong di stadium juga telah menyuntik semangat dia dan pemain lain untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... habis-lonjak-syihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|