CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 3

Gara-Gara Tolak Pinangan, Wanita Kena Sihir Seluruh Badan Menggerutu

[Copy link]
Post time 12-5-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan (Sumber Google)


Dek kejelitaan Shiela (bukan nama sebenar), dia menjadi buruan lelaki di kampungnya yang berlumba-lumba menagih cintanya meskipun dia tidak pernah terfikir untuk mencari pasangan hidup.



Ketika itu, dia meletakkan sasaran untuk menyambung pelajaran dan berharap usaha itu suatu hari nanti dapat digunakan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarganya yang susah.



Apatah lagi melihat adik-beradiknya yang ramai dan memerlukan perhatiannya membuatkan Shiela sama sekali tidak memikirkan soal perkahwinan. Matlamat utamanya hanya satu iaitu untuk menyara ibu bapa serta adik-adiknya.



Sebab itu jugalah banyak pinangan yang ditolaknya. Wanita itu sedar, dia tidak dapat memberikan bantuan 100 peratus terhadap keluarganya andai dia berkahwin.



Bagaimananapun, kehidupannya musnah apabila Shiela menderita akibat terkena sihir katak puru yang menyebabkan seluruh tubuh termasuk wajahnya menggerutu dan mengerikan hanya kerana menolak pinangan seorang lelaki.







Memetik laporan mstar, Shiela berkata, Hisham (bukan nama sebenar) adalah antara pemuda yang terus mengejar cinta Shiela dan sanggup menghantar rombongan meminang sebanyak dua kali.



Pun begitu, sikap kurang sabar lelaki itu menyebabkan Shiela menolak kedua-dua pinangan berkenaan. Malahan, sikap Hisham juga mematikan hasrat Shiela untuk mengenalinya dengan lebih dekat.



"Banyak kali saya katakan bahawa kami perlu berkawan terlebih dahulu. Saling kenal hati budi masing-masing dan bukannya terburu-buru hendak berkahwin. Tapi dia tetap berdegil menyebabkan saya tawar hati dengannya," kata Shiela dalam satu temubual.



Awalnya, Shiela mengenali Hisham sebagai seorang lelaki yang baik dan selalu ke masjid namun sikapnya berubah apabila dia mendengar khabar angin kononnya Shiela sudah mempunyai teman lelaki.



Malahan, berita tersebut mendakwan teman lelaki Shiela menjadi punca wanita itu menolak pinangan Hisham. Tidak berpuas hati, Hisham yang sebelum ini tergila-gilakan Shiela mulai menyimpan dendam.







"Saya tidak tahu siapa yang bawa mulut mengenai berita itu sampaikan kecoh satu kampung. Ada yang mengejek Hisham kerana tidak berjaya menambat hati saya.



"Tanpa saya sedar, perkara itu menyebabkan Hisham menyimpan dendam terhadap saya sehingga membawa kepada keadaan saya hari ini," katanya.



Dua minggu selepas tersebarnya cerita itu, Shiela mulai tidak sedap badan. Seluruh badannya mulai naik bintik gatal dan berair sekiranya digaru. Mulanya, dia menyangka terkena demam campak. Bagaimanapun, keadaan itu berlarutan hingga sebulan dan semakin teruk.



Melihat wajahnya yang menggerutu dan bernanah jika dipicit, Shiela mengakui dia jijik melihat dirinya sendiri hinggkan dia malu untuk keluar rumah kerana wajahnya bertukar hodoh.



Selalu mendengar suara katak dan bunyi katak melompat bumbung rumah menjelang tengah malam menyebabkan Shiela terfikir ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.



Ibu bapanya nekad membawa Shiela untuk berjumpa seorang ustaz dan seperti yang dijangka, daia telah disihir oleh seseorang yang rapat dengan dirinya.'



Gambar Hiasan




"Saya bukan nak menuduh tetapi ketika saya sakit, Hisham selalu menghantar mesej bertanyakan keadaan diri tetapi saya tidak pernah balas," katanya.



Masih menderita sihir katak puru, ustaz berkenaan memaklumkan proses rawatan akan memakan masa yang panjang dan berkemungkinan sihir itu akan ditambah oleh penghantar bagi menyiksa dirinya.



"Saya sudah berpindah ke rumah saudara yang jauh daripada pandangan orang kampung untuk elakkan salah faham dan rasa tidak puas hati. Alhamdulillah saya tenang di sini dan fokus saya adalah untuk kembali pulih," kata Shiela. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 01:26 PM | Show all posts
Kisah sihir katak puru ni mmg i penah jumpa. Hosmet zmn study dulu lawa orgnya. Lepas dia btunang sebijik jd gini. Kesian sgt ngn bnanah berair muka. Xtau jantan kaaa @ ppuan hat gila kt tunang dia buat sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:52 PM | Show all posts
penaya hidup org mcm tu ingat tenang ke hidup,mmg xkan kemana la,
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 05:38 PM | Show all posts
drpd bg dia menggerutu baik amik ilmu pengasih... bagi dia cinta dan kasih

itu la bomoh melayu tak tau nak recomend rawatan yg sesuai utk pesakit...

tak pn bg dia bercinta dgn pontianak...

pontianak ni kalo di seru2 di puja2 boleh jd cantik... pemuja dia nampak cantik, boleh romen2 lagi, dn  dr apa yg aku baca , dengar, layanan seks dia superb, main dgn pontianak sekali, tak sama main dgn manusia 10 kali haha..

tp orang lain kalo nampak pontianak buruk, penyeru je nampak cantik , tp biar lah kan? jandji dia happy

lepas tu bg la dia mampos , drpd naya orang cam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.570369 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list