CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

Maloney lega Harimau Muda lepasi ujian Laos

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Harimau Muda meraikan gol ketika menentang Laos pada saingan Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Thien Truong malam tadi. - Foto Bernama

PENGENDALI skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney gembira dengan tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan Malaysia ke atas Laos malam tadi yang disifatkan mencerahkan peluang Harimau Muda untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA Hanoi 2021 kali ini.

Kemenangan 3-1 ke atas Laos di Stadium Thien Truong itu, merupakan kemenangan kedua berturut-turut Malaysia yang menyaksikan skuad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Maloney berkata, kemenangan ini memberikan impak posiitf kepada pasukannya dalam menghadapi baki perlawanan berhadapan Singapura, Sabtu ini diikuti Kemboja pada 16 Mei.

"Sudah tentu kami berpuas hati dengan tiga mata ini. Laos tidak memberi laluan mudah dan mereka memiliki beberapa pemain berkualiti tetapi ia baik untuk kami untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam temasya ini dan kami berjaya mendapat keputusan yang diperlukan,” katanya.

Pada aksi malam tadi, penyerang muda KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan ke-67 manakala satu gol lagi dijaringkan Muhamad Syahir Bashah pada minit ke-43.

Sementara itu, Laos mendapat gol sagu hati pada minit ke-85 menerusi pemain gantian Visith Bounpaserth.

Dalam pada itu, pengendali Laos, Hans Michael Weiss merasakan, pasukan tidak bernasib baik kerana mengharungi tiga perlawanan dalam lima hari manakala Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk persiapan menghadapi perlawanan.

"Kami kekurangan tenaga dan kebanyakannya adalah gol mudah tetapi sememangnya Malaysia menguasai perlawanan tetapi kurang mencipta peluang bagaimanapun mereka berhak menang tanpa ragu, kalau boleh saya mahukan pasukan saya dalam keadaan segar kerana mereka sudah menghadapi tiga perlawanan.


"Ia berbeza kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini dan saya tahu serba sedikit bagaimana menghadapinya tetapi kami tidak bertenaga hari ini, pemain terbaik saya nombor 17 yang bermain dengan cemerlang ketika menentang Kemboja tidak dapat diturunkan hari ini dan juga dua atau tiga lagi pemain yang tidak bersedia untuk beraksi selama 90 minit, katanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-lepasi-ujian-Laos
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039516 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list