CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Kedah] Lelaki jatuh laut adalah kru kapal layar

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah di sini, petang semalam, sudah dikenal pasti sebagai kru kapal layar.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa disahkan sebagai Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, berasal dari Alor Setar.

"Hasil temu bual bersama rakannya, mendapati mangsa adalah kru kapal layar Sunset Dinner Cruise dan dipercayai terlewat hadir bertugas pada hari kejadian.

"Mangsa sepatutnya menaiki kapal layar yang berlepas pada jam 4.30 petang, namun mangsa terlewat dan cuba mengejar kapal layar itu menggunakan bot kecil," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Shariman berkata, kira-kira 5 petang sebuah bot pemancing yang pulang dari Pulau Bumbun menghala ke Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi menemui bot kecil berkenaan tanpa pengemudi.

"Pemancing terbabit kemudian menemui sepasang selipar dan satu topi terapung berhampiran bot kecil sebelum menghubungi polis.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,' katanya.

Beliau berkata, SAR bagaimanapun terpaksa dihentikan pada jam 8.50 malam tadi akibat cuaca gelap dan disambung semula pagi ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lah-kru-kapal-layar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071663 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list