View: 1785|Reply: 5
|
"Tetap Baik Tanpa Sengketa," Erma Fatima Masih Berhubungan Baik Dengan Keluarga Bekas Suami
[Copy link]
|
|
Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sememangnya sangat berbeza daripada tahun lalu. Seperti yang kita semua tahu, tahun lalu kita tidak dapat menyambut hari raya dengan saudara-mara kita kerana pandemik COVID-19 namun tahun ini kemeriahannya dapat dirasai oleh semua.
Antara perkara yang menjadi kewajipan setiap kali hari raya adalah aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara ahli keluarga pada pagi raya. Sama seperti juga pelakon dan pengarah Erma Fatima yang telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Menerusi posting itu, kelihatan Erma sedang membuat sesi bersalaman bersama keluarganya dengan penuh meriah.
Dalam video itu juga kelihatan bekas suami Erma iaitu Bade Hj Azmi bersama isterinya iaitu Aida Abdul. Untuk pengetahuan semua, Erma dan Azmi telah lama berpisah namun hubungan mereka tetap baik sehingga kini.
Video itu juga memaparkan pelakon veteran iaitu Datin Paduka Umie Aida dan juga suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Menerusi ruangan kapsyen, Erma memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi.
"Terima Kasih Allah"
Betul kata orang, tiada perkara yang lebih bermakna apabila kita memiliki keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Siapa yang tidak mahu menyambut hari kemenangan ini bersama keluarga tercinta? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah..suke tgk retis bekas2 ni still berbaik-baik..
sama gak macam abby-norman-memey..
lagi2 time raya ni, nampak la ukhwah nye kan..
kumpul ramai2.... posing2 kat tangga keramat...ehh?!!! ade lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpul kat umah erma ke umah mak erma? Nampak time salam2 tu bleh plak umie salam ngn bade tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Erma dgn bade ada bagi inspirasi ke untuk scenes jul dan maid tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aida tak lama lagi rupa badan macam Erma la. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..iolls pon suka..tahun ni tgk didie alias pon sambut raya sama2 dgn redzuan hashim..happy anak2 diaorang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|