CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Pelajar bermotosikal temui ajal selepas potong kereta tak lepas'

[Copy link]
Post time 11-5-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kemalangan yang mengorbankan pelajar Tingkatan Satu di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas. - Foto Media Sosial

KEPALA BATAS: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Lahar Kepar di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata polis menerima maklumat kemalangan itu pada jam 12.30 tengah malam sebelum ke lokasi bagi melakukan siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan dua buah motosikal yang ditunggangi pelajar masing-masing berusia 13 dan 14 tahun.

"Insiden berlaku apabila motosikal jenis SYM ditunggang pelajar berusia 13 tahun datang dari arah Penaga menghala Kepala Batas dan ketika tiba di lokasi kejadian, cuba memotong sebuah kereta di hadapannya lalu memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang pelajar berusia 14 tahun datang dari arah bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan.

"Ekoran impak kemalangan itu, pelajar berusia 13 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pelajar berusia 14 tahun cedera parah di kaki serta badan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Radzi berkata, kedua-dua motosikal yang ditunggangi pelajar berkenaan adalah milik bapa mereka.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-kereta-tak-lepas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 10:15 PM | Show all posts
nak ke manalah dah tengah2 malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.315761 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list