CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Kerajaan Perlis berharap agar Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian-Thailand dapat dibuka semula.

KANGAR - Kerajaan Perlis berharap agar Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian-Thailand dapat dibuka semula, bagi merancakkan semula ekonomi masyarakat di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat faedah sewajarnya di samping menghidupkan kembali kawasan itu yang semakin suram.

Azlan berkata, banyak pihak boleh menjalankan perniagaan di kawasan terlibat, namun polisi yang ditetapkan telah membuatkan rakyat negara ini tidak mendapat manfaat sebaiknya.

"Akhirnya nanti kita akan berhadapan dengan suasana sama seperti yang berlaku di Bukit Kayu Hitam- Danok dan sebab itulah dasar kita kena betul dalam hal ini.

"Saya harap apa yang berlaku di Wang Kelian ini dapat diperbetulkan, di mana pada masa kini kita sendiri dapat lihat kawasan di Wang Prachan, Thailand mula membangun selepas kita menutup Zon Aliran Bebas ini,” katanya selepas Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020 di sini pada Isnin.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu dan telah disambut Azlan dan isteri, Datin Seri Noraswana Omar serta barisan exco kerajaan negeri.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sementara itu baru-baru ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin menitahkan agar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian di sini, dapat dinaik taraf dengan segera.


Azlan berkata, kerajaan negeri sudah beberapa kali menyuarakan kepada kerajaan Persekutuan agar kemudahan Zon Aliran Bebas itu dapat diperkenalkan semula, bagi kemudahan penduduk dan masyarakat setempat.

"Kerajaan negeri memang sensitif dengan isu-isu keselamatan, pemerdagangan manusia dan penyeludupan, namun kita tak mahu hanya disebabkan oleh satu isu banyak pihak terpaksa merana.

"Kita mahukan pelaksanaan yang dapat memberi manfaat kepada semua khususnya rakyat tempatan," katanya.

Tambah Azlan, kerajaan negeri juga telah mencadangkan agar aspek keselamatan di sempadan Wang Kelian dapat ditambah baik, malah perkara itu turut mendapat perhatian daripada Istana Perlis.

Kemudahan Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian sebelum ini dimansuhkan sejak 2015 atas faktor-faktor keselamatan.

Zon aliran bebas itu merupakan satu perintah yang mengecualikan rakyat Thailand dari keperluan mendapatkan pas lawatan dan keperluan mengemukakan pasport ke kawasan pintu masuk Wang Kelian di Malaysia serta mengecualikan rakyat Malaysia daripada keperluan mengemukakan pasport ke kawasan Wang Prachan di Thailand. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elian-dibuka-semula
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057261 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list