CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5264|Reply: 13

Jatuh Cinta Dengan Ayah Kandung, Wanita Tergamak Guna Minyak Pengasih

[Copy link]
Post time 10-5-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan (Sumber Google)


Kisah anak gadis jatuh cinta dengan ayah kandung sendiri hingga sanggup melakukan pelbagai cara bagi menambat hati darah dagingnya itu mungkin kedengaran seperti cerita dongeng yang sukar dipercayai.



Apatah lagi andai cerita tersebut dikongsikan di media sosial oleh orang tengah, ia menimbulkan rasa sangsi dalam diri pengguna aplikasi berkenaan akan kesahihan sesebuah kisah yang disampaikan itu.



Menerusi bebenang ciapan di Twitter, pengguna dengan nama Ainul Nunanaa berkongsi cerita mengenai seorang gadis yang membuat pengakuan bercinta dengan ayah kandungnya sendiri. Katanya, pendedahan itu dilakukan oleh gadis berkenaan di sebuah 'group' tertutup.



Bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai kejadian tersebut, Ainul mengambil inisiatif untuk mendekati individu yang digelar sebagai B itu menerusi mesej peribadi dan meminta B menceritakan insiden tersebut dengan lebih jelas.



Menurut Ainul, B adalah anak tunggal yang berasal daripada keluarga senang. Seorang yang bersifat 'introvert' dan suka buat hak sendiri. B selalu rasa sunyi menyebabkan dia banyak menemui benda 'pelik' secara atas talian.



"B cakap sepanjang hidup dia hanya tiga kali je bercinta dan ketiga-tiganya adalah hubungan jarak jauh. Dengan bekas teman lelaki last, dia pernah jumpa dua kali sahaja. Tu pun tanpa sentuhan. Tak pernah pegang-pegang.



"Dia bagitau bekas teman lelaki dia curang dan dia tanya kenapa. Lelaki itu jawab sebab B bukan jenis wild dan sebab mereka jarak jauh. B patah hati dan putus asa untuk cari orang lain," coret Ainul.



Ainul menyifatkan B sebagai seorang gadis normal yang gemar menonton cerita anime dan drama Korea berkisarkan kisah cinta. Tiga kali gagal dalam percintaan membuatkan B mendambakan cinta seorang individu bergelar teman lelaki seperti mana adegan romantik yang ditontonnya.









Untuk mengumpan ayahnya ke bilik tidur, B sanggup berpura-pura tertidur di ruang tamu dengan televisyen dan laptop terpasang. Bagaimanapun, taktik berkenaan tidak berhasil kerana ayah atau ibu akan mengejutkannya disuruh masuk tidur di bilik.



Pelbagai cara yang digunakan agar ayahnya masuk ke bilik namun semuanya tidak berhasil. Walaupun mereka mesra, menurut Ainul, ayah B tetap menjaga batas dengan anak perempuannya.



Namun, keinginan untuk dicintai oleh ayahnya sama seperti watak heroin dalam drama ditontonnya itu menyebabkan B cemburu dan geram apabila melihat ibu bapanya asyik 'berkepit' sehingga ke tahap dia sanggup duduk di pintu bilik orang tuanya dan memasang telinga.



"B mengaku suka dengar kalau ayah dia puji mak dia. Bila dalam bilik suara ayah dia kedengaran lagi romantik bercakap dengan mak dia. B rasa turn on sangat. Tak tahu kenapa. Perasaan dia meronta-ronta untuk dia rasa benda tu dengan ayah dia.



"Saya tanya macam mana B boleh bercinta dengan ayah dia sebab saya dengar cerita macam takde benda jadi pun. Rupanya B bertindak luar batasan. Keghairahan B, dia buat research macam mana nak buat orang terpikat dengan dia," katanya.














Perkongsian Ainul itu adalah atas kebenaran daripada B sendiri yang kini di bawah jagaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersama anak perempuannya. Menurut Ainul, awalnya B sudi untuk berkongsi cerita tersebut namun mulai rasa serba salah apabila ramai pihak yang meletakkan kesalahan di bahu ayahnya.



Walaupun ada netizen yang mengkritik tindakan Ainul menceritakan aib seseorang di laman sosial secara terbuka sedangkan ia didedahkan dalam 'group' tertutup, jelas gadis itu, niatnya adalah agar orang ramai menjadikan kisah itu sebagai iktibar dan pengajaran. -CARI














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt tgk cerita lucah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cube bwa2 bagi pelempang sket..free je..wayar short ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 01:26 PM | Show all posts
Jijik sangat kau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:00 PM | Show all posts
jijik la bercinta dgn bapak sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila dah budak ni. Pemikiran dia di luar batas akal normal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bdk b ni xde kwn kot..tu yg perangai pelik2..hidup ni ada kala perlu tmn utk nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:58 PM | Show all posts
Dah gila budak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 03:37 PM | Show all posts
aku speechless la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:46 PM | Show all posts
nauzubillah. jijik nya apa yg dibaca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:04 PM | Show all posts
bila parent x ambil tahu sgt pasal anak,
ermmm,kena tahu la anak bila nak up,tanye dah ade ke bf, xrasa nk ade ke, kena ingtkan jaga batas,
parent lak jgn la buat anak cemburu,lagi2 budak2 baru nak up,tu yg diorg rasa nak cuba,kalau dpt bf yg salah naya je,senang2 kena raba
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:36 PM | Show all posts
sbb dia xde kawan.. sbb tu la dia bykkkk masa terluang... as parent pulak, kita suka je kalau anak selalu ada kat umah.. x merayau2 tanpa tujuan. tp xsangka pulak smpi tahap mcm ni.. baiklah dia p register kat baituljannah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 04:41 PM | Show all posts
ape yang aku baca ni??? Cannot brain!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 04:27 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 1.017781 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list