CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mesyuarat Exco Kesihatan Khas bincang isu doktor pelatih, junior

[Copy link]
Post time 6-5-2022 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat Exco Kesihatan Khas bincang isu doktor pelatih, junior
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 06 Mei 2022



Dr Norlela Ariffin


GEORGETOWN - Satu Mesyuarat Exco Kesihatan Khas bersama doktor pelatih dan doktor junior akan diadakan bagi membincangkan mengenai isu di tempat kerja yang dihadapi mereka pada masa ini.


Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, selain itu, Majlis Mesyuarat Jawatakuasa Kesihatan Kerajaan Negeri juga akan diadakan dalam tempoh terdekat.


Menurutnya, mesyuarat itu akan membincangkan isu membabitkan doktor pelatih dan doktor junior untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi mereka.


"Saya telah memaklumkan isu ini kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan kepada mereka yang terlibat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).


''Saya juga akan mengadakan satu Majlis Mesyuarat Jawatakuasa Kesihatan Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu membabitkan doktor pelatih dan doktor junior secara formal untuk mencari penyelesaian dan perubahan kepada masalah yang dihadapi mereka,'' katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Katanya lagi, KKM mempunyai ribuan kakitangan yang ikhlas dan bekerja keras untuk menyelamatkan ribuan nyawa.


''Saya menerima sangat banyak pandangan tentang isu yang dihadapi doktor pelatih dan doktor junior serta cadangan tentang cara untuk merombak sistem sedia ada.


''Saya berharap KKM akan mengubah budaya menyimpan segala-galanya secara rahsia. Ia amat mengecewakan kerana sukar untuk menembusi tembok ini bagi mendapatkan kebenaran dan menyelesaikan masalah sebenar,'' katanya.



Sebelum ini, seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu.


Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat, di sini.


Mangsa yang berusia 25 tahun itu merupakan graduan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).


Sehubungan itu, polis telah merekod keterangan ahli keluarga mangsa, doktor dan rakan serumah mangsa berhubung kejadian terbabit.


Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian pegawai perubatan tersebut


Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ktor-pelatih-junior
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.104454 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list