CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Sarawak] Pembeli rumah sambut Aidilfitri di rumah terbengkalai

[Copy link]
Post time 5-5-2022 08:23 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Rahman (kanan) bersama ahli keluarga pembeli yang lain menyambut Aidilfitri di rumah terbengkalai di bawah Projek Sentoria Borneo Samariang Garden.

KUCHING: Impian pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden di sini untuk menyambut Aidilfitri di kediaman baharu berkecai lagi tahun ini apabila rumah yang dijanjikan belum siap malah terbengkalai.

Mula dibangunkan pada 2018, projek tersebut sepatutnya siap pada 2020 namun berdepan kelewatan dan dijadualkan semula siap pada Oktober tahun ini.

Salah seorang pembeli, Abdul Rahman Hamid berkata kali terakhir pembeli menerima surat makluman daripada pemaju adalah pada September 2021, di mana pemaju berjanji untuk memulakan kerja-kerja yang tertangguh pada suku keempat 2021.

Bagaimanapun katanya sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil oleh pemaju dan dibiarkan terbengkalai tanpa sebarang pemberitahuan mengenai status projek oleh pemaju.

“Lebih teruk, bayaran ansuran bulanan secara potongan gaji dibuat tanpa gagal oleh kami pembeli yang kebanyakan penjawat awam negeri dan persekutuan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan sejak tahun 2020 lagi.


Abdul Rahman dan Azreen (kanan) menunjukkan dokumen projek perumahan yang gagal disiapkan sehingga kini oleh pemaju.

“Tetapi rumah yang diharapkan gagal disiapkan dan menyebabkan pembeli menanggung kerugian kerana pada masa yang sama ada di kalangan pembeli yang perlu membayar sewa rumah sementara,” katanya.

Sehubungan itu Abdul Rahman mewakili pembeli lain berharap pihak kerajaan negeri membantu dalam hal ini kerana pembeli berdepan kesukaran untuk berhubung dengan pemaju yang telah menutup pejabat mereka di Kuching.

Sementara itu seorang lagi pembeli Azreen Muhammad Hazmi berkata rumah ini dibeli pada harga antara RM218,000 seunit bagi lot tengah dan antara RM310,000 bagi lot tepi.

Katanya selain fasa 7, pembeli fasa 4 dan 5 juga berdepan masalah yang sama dan ada antaranya yang dibatalkan.

Dalam pada itu Abdul Rahman dan Azreen bersama beberapa pembeli yang lain mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di tapak rumah terbengkalai hari ini.


Projek perumahan Sentoria Borneo Samariang Garden terbengkalai.


utusanborneo.com.my/2022/05/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.192641 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list