Tampil dengan lagu balada berjudul Ku Ikhlaskan pada pertengahan Mac lalu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida juga tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu bertemakan Aidilfitri.
Vida menerusi kapsyen Instagram lagu berkenaan memaklumkan karya berkenaan akan dimuat naik di saluran Youtube pada jam 11 malam ini.
Vida berkongsi video 'teaser' lagu berkenaan dengan tanda pagar 'muahmuahraya' memaparkan dirinya dengan solekan ala futuristik.
Sebelum ini, fesyen yang digayakan Vida menerusi muzik video Ku Ikhlaskan menarik perhatian netizen. Dia menampilkan beberapa gaya namun yang paling diingati adalah fesyen seolah-oleh Red Queen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang ternanti-nanti gaya pemakaian yang akan ditonjolkan dalam muzik video itu.
Anda rasa bagaimana penampilan DSV kali ini? - CARI |