View: 6932|Reply: 38
|
Tiz Zaqyah Syukur Dapat Jumpa Abang Kandung Buat Pertama Kali
[Copy link]
|
|
Pelakon Tiz Zaqyah, menerusi Instagram meluahkan rasa gembira dan sebak apabila usaha untuk mencari serta keinginan untuk bertemu dengan abang kandung akhirnya membuahkan hasil.
Memuat naik gambar bersama seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai abangnya, perkongsian pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Razak itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Wanita berusia 34 tahun itu bagaimanapun menjelaskan perkara tersebut bukanlah gurauan atau 'prank' namun situasi sebenar yang dilaluinya.
"Dia sudah lama mencari kami dan kebetulan saya ada di Singapura menghadiri acara Aura Kasih. Dia kemudian menghubungi sales Aura Kasih menerusi nombor telefon yang ada di Instagram.
"Apabila saya menerima mesej itu, saya dapat rasakan ada sesuatu. Saya tak fikir panjang dan terus nak jumpa dia. Dia tunjukkan gambar bapa kami dan berkongsi cerita dan terbukti memang sah kami adik-beradik," katanya.
Pelakon yang terkenal dengan drama Nur Kasih itu menyifatkan Ramadan kali ini sangat indah kerana individu yang dicari-cari selama ini akhirnya sudah ditemukan.
'Saya bersyukur dan banyak berdoa supaya abang ada rezeki bertemu dengan ayah kandung kami di Malaysia nanti. Bagi saya, Ramadan dan Syawal pada tahun ini adalah yang paling bermakna apabila Allah makbulkan doa kami.
"Selama ini, saya ingatkan adik-beradik cuma ada kakak. Tapi, memang dari kecil lagi saya berharap ada seorang abang. Tak sangka ia jadi kenyataan," katanya yang berharap hubungan mereka adik-beradik menjadi semakin rapat.
Kata aktres itu lagi, sebaik bertemu dengan abangnya, soalan pertama yang diajukan adalah kesahihan lelaki itu adalah abangnya.
"Hati tu macam tahu. Betapa kuat naluri. Yang penting kami semua bersyukur dan emosi. Kami bersatu dan kuasa Allah SWT yang menyatukan kami.
"Allah hadiahkan silaturahim keluarga yang mungkin tidak pernah wujud selama ini. Patutlah jiwa saya mencari macam ada yang tak sempurna sebelum ini.
"Doakan yang terbaik untuk perjalanan keluarga kami dan doakan kami semua bersatu dan jumpa kebahagiaan yang sudah lama kami impikan," katanya.
Tambahnya lagi, abangnya mengetahui mereka mempunyai pertalian darah dua tahun lalu apabila rakannya meminta dia melihat Instagram Tiz kerana mempunyai wajah ayah yang sama. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul abang, syukurlah. Muka pun ada iras2. Jangan kena tipu dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya eh cmni . Adik beradik tak kenal. Mujur la abang tu ada usaha nak cari.Kalau dia pun tak tahu ada adik beradik lain ,terkawin pulak naya oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Senang bagi nama anak, takyah pening2
Zaki
Zakiah
Menarik utk diketahui nama kakaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana dorg blh terpisah? Abang mak lain ye? |
|
|
|
|
|
|
|
semmm abgnya.. tahniah diucapkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada cerita pasal mereka. Nak tau juga sebab apa terpisah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_229 at 27-4-2022 08:42 PM
Klu boleh test dna baru puas hati..
Abang nya orang Singapore? Mungkin ayahnya berkahwin lebih dari 1..senyuman mereka seiras..helok jugak rupa abgnya walaupun da agak berusia. |
|
|
|
|
|
|
|
goshhh nak judge bapak dia..bersepah sepah ke anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Akak baru baca twitter Tiz
Nampak sehari sblm jmpe abang dia, tiz tweet happy sgt2 sbb Tuhan dah makbulkan doa dia dan tazzabar nak share the story to the whole world.
Tp akak sangsi gak takkan abang dia tak penah tahu Tiz ni adik dia...ko duk spore je kut.drama Nur Kasih pun penah tayang kat channel Suria TV
Or abang dia tak tahu yg bapa dia ada isteri dan anak2 lain kat msia |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Hisyam Hamid, dia pun ada adik2 kt msia ni sbb ayah dia kawen dgn kakak linda rafar kt msia ni.
Tp siblings hisyam tak sehensem dia la
Selalu je Hisyam blk singapore jmpe mak dan family dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang dia hensem lah.
By the way, Tiz ini kalau dia nak kahwin sok boleh lah suruh abang dia jadi wali.
Tiz ini nampak jiwa muda. Sama dgn Sherry Ibrahim. Dia sesuai sangat kalau kahwin dengan lelaki muda. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 27-4-2022 02:09 PM
Akak baru baca twitter Tiz
Nampak sehari sblm jmpe abang dia, tiz tweet happy sgt2 sbb Tuhan dah mak ...
Tau je kot tapi malas nak jejak kasih. Tau la jantan. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 27-4-2022 03:03 PM
Tiz cakap sebenornya dia nak cari her late grandmother roots
Skali terjumpe abang dia ni.akak ...
A'ah. Benda2 remeh tak penting deols malas nak pedulik. Tak banyak fikior macam pompuan. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 27-4-2022 10:10 PM
Mcm Hisyam Hamid, dia pun ada adik2 kt msia ni sbb ayah dia kawen dgn kakak linda rafar kt msia ni.
...
Akak linda yg mana kawin dgn ayah hisham? |
|
|
|
|
|
|
|
tasha replied at 27-4-2022 11:32 PM
Akak linda yg mana kawin dgn ayah hisham?
X ingat nama dia
Pi tgk insta hisyam hamid kalo dia spend masa dgn ayah dia...ada gambo dia dan adik2 dan mak tiri dia
Ada la iras diana dan linda rafar..rasa mcm akak sulung depa la.ada bisnes kedai makan kt shah alam ke puchong.mcm tu la |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 abang dia lawa dan cute gak la. Untung la anak2 sedara tiz sume lawa2 dan nmpk wangi la walau masih budak2 lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiz nape muka tua sangat nyah?!!! Tak balance dgn badan ko yg comel kecik tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|