CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 8

Tak Sesuai Untuk Manusia Duduk- Berpuluh Warga Asing Duduk Dalam Rumah Daif, Kotor, Bahaya

[Copy link]
Post time 27-4-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Puluhan pekerja warga asing di sebuah kilang cerucuk besi di Bagan Lalang di sini, terpaksa hidup dalam keadaan penginapannya yang serba daif dan kotor termasuk nyawa mereka juga terancam apabila lantai berstruktur besi yang menjadi laluan ke bilik berada dalam keadaan reput dan berlubang.


Keadaan itu terbongkar selepas Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memerangi isu buruh paksa bersama pelbagai agensi di kilang berkenaan pada 10 pagi hari ini.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abdul Wahab berkata, ketika pemeriksaan mendapati keadaan penginapan itu berada dalam keadaan amat daif bahkan menggugat keselamatan pekerja terbabit.




Foto: Harian Metro




"Tempat tidur ditempatkan bersama dapur, penggunaan tilam juga tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, penggunaan kelambu yang dipercayai bilik penginapan dipenuhi nyamuk termasuk majikan tidak menyediakan laci berkunci sehingga pasport mereka tidak dapat disimpan oleh mereka sendiri.


"Dalam pada itu, lantai yang diperbuat daripada besi untuk laluan ke bilik juga berada dalam keadaan berlubang yang ia amat berbahaya kepada pekerja.


"Ini belum lagi cerita pasal pendawaian elektrik dan pengudaraan serta bilik air yang bagi kita penginapan seperti ini langsung tidak kondusif dan tidak sesuai untuk diduduki oleh manusia," katanya ketika sidang media selepas selesai mengadakan operasi itu.


Sementara itu, JTKSM juga turut membuat pemeriksaan di sebuah lagi kilang yang terletak tidak jauh dari lokasi kilang pertama yang turut membongkarkan situasi serupa.


Mohd Asri berkata, secara keseluruhannya kedua-dua kilang yang diperiksa itu gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan penginapan.


"Ia sekali gus mendapati majikan melanggar peraturan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) kerana tiada perakuan penginapan sedangkan pemilik kedua-dua premis ini menggajikan seramai 34 pekerja asing.


"JTK Pulau Pinang dijangka membuka enam kertas siasatan terhadap kedua-dua majikan ini yang jika disabitkan kesalahan, jumlah denda yang akan dikenakan adalah maksimum sebanyak RM50,000 bagi setiap satu kesalahan," katanya.


Mohd Asri berkata, pihaknya tegas dalam memastikan majikan dapat menjaga kebajikan pekerja terutamanya dari sudut penginapan kerana ia adalah antara 11 elemen buruh paksa.


"Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan yang degil dan akan mengheret mereka ke muka pengadilan jika didapati melakukan kesalahan apatah lagi akta ini sudah dikuatkuasakan selama dua tahun dan tidak sepatutnya memberi alasan tidak tahu mengenainya," katanya.


Sejak Februari 2021 sehingga 20 April lalu, sebanyak 42,572 majikan diperiksa membabitkan sejumlah 175,876 buah penginapan.


Sepanjang pemeriksaan itu, JTK membuka sebanyak 1,401 kertas siasatan yang mana 148 daripadanya diambil tindakan pendakwaan membabitkan denda bernilai RM1.052 juta, manakala 968 kertas siasatan lagi dikenakan kompaun berjumlah RM10.81 juta. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"Rakyat tempatan pemalas, manja dan terlalu memilih kerja kerana tidak sanggup hidup seperti warga-warga asing itu," ujar seorang tauke perasan dirinya Yehudi Asia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:53 PM | Show all posts
kesiannya lah korang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:58 PM | Show all posts
kat opis i.. every quarter pi audit hostel, kalau dulu boleh la letak foreign workers ni kat shoplot tapi sekarang tak boleh dah. cemana kes2 mcm ni boleh terlepas pandang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini fitnah....ini mustahil berlaku dinegara kita...kalau negara jiran sebelah kita pigeon holes cum dormitories aku caya la
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa tak mahu diperlakukan camni...dia...PEMALAS.-tauke lor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ler kotor sangat..sama macam kampung laman diaworang sajee.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:08 PM | Show all posts
kat penang tu ada je dorm lengkap dengan perabot, ruang tamu dapur semua yang boleh disewa untuk pekerja kilang. selesa pulak tu, dengan sekuriti semua ada. yang macam hotel pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 08:31 PM | Show all posts
warga asing ni at least diorang tau diorang sedang bina banglo kat kampung. warga kita? tamat kerja merempat tepi jalan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065461 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list