CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Kedah] Tak jumpa laluan turun ke kaki gunung

[Copy link]
Post time 25-4-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba berjaya membawa turun pendaki terakhir pada 2.48 pagi. FOTO ihsan bomba

Baling: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan empat pendaki warga tempatan yang sesat hampir 12 jam ketika menuruni Gunung Pulai di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, kumpulan pendaki berusia antara 40 hingga 60 tahun gagal mencari jalan pulang ke kaki gunung ketika berada di pertengahan perjalanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pendaki berhubung kejadian pada 3.56 petang.

Katanya, maklumat awal memaklumkan terdapat empat pendaki iaitu dua lelaki dan dua wanita menjalankan aktiviti mendaki di Gunung Pulai dan salah daripada mereka dilapor terpisah dari kumpulan berkenaan.

"Difahamkan, empat pendaki terbabit melakukan aktiviti mendaki sehingga puncak Gunung Pulai bermula pagi semalam, sebelum mereka terkandas ketika perjalanan balik menuruni gunung.

"Ketika itu, salah seorang pendaki meminta rakan lain yang keletihan berhenti dan berehat, manakala dia berusaha mencari laluan turun. Bagaimanapun, dia tidak pulang ke lokasi rakannya menunggu selepas 20 minit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Jamil berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan penyelamat termasuk polis, malim gunung dan Persatuan Pertubuhan Keselamatan Sukarela (PPKS) segera ke lokasi dan memulakan operasi mencari mangsa.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya menemui tiga pendaki dan membawa mereka turun pada 8.15 malam.

"Bagaimanapun, hujan lebat menyukarkan pasukan penyelamat mencari seorang lagi pendaki menyebabkan operasi terpaksa ditangguhkan sementara.

"Operasi hanya dapat diteruskan kembali selepas hujan mulai reda pada 10.45 malam dengan anggota penyelamat terpaksa naik ke puncak gunung sebelum menemui pendaki terakhir pada 2.48 pagi," katanya.

Beliau berkata, perjalanan membawa turun mangsa terakhir terbabit berhadapan kesukaran berikutan laluan licin dan gelap yang menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4 pagi dan mangsa dihantar ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... urun-ke-kaki-gunung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.285320 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list