CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5346|Reply: 62

Isteri Hamil 2 Bulan Cekup Suami 'Tidur' Dengan Adik Angkat Lelaki

[Copy link]
Post time 25-4-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan


Sering kali kita disajikan dengan kisah rumah tangga membabitkan wanita yang terperangkap dalam perkahwinan dengan suami bernafsu songsang.


Oleh itu, seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkongsi cerita berkenaan di Facebook sebagai iktibar dan pengajaran buat isteri yang berhadapan situasi seperti itu.


Kata Fahmi, seorang wanita telah datang menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat apa yang perlu dilakukannya apabila mengetahui suaminya menyukai kaum sejenis.


Pada awalnya, Fahmi pelik kerana pasangan itu mempunyai anak hasil perkahwinan mereka namun wanita itu mendakwa suaminya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai adik angkatnya.




Wanita itu tidak kisah kerana adik angkat suaminya adalah seorang lelaki. Dia merasakan tiada sebab untuk cemburu.


Bagaimanapun, ketika usia perkahwinanannya baru enam bulan dan hamil dua bulan pada ketika itu, adik angkat tersebut datang tumpang tidur di rumah mereka.


Menjelang tengah malam, si isteri yang keletihan meminta diri untuk berehat dan meninggalkan kedua-dua mereka terus berborak.


"Dia kemudian terjaga dari tidur kerana ingin buang air kecil. Suaminya tak kelihatan. Dia senyap-senyap keluar dari bilik dan tengok tiada siapa di ruang tamu.


"Dia cuba buka pintu bilik adik angkat suaminya itu. Alangkah terkejutnya bila dia melihat suami dan lelaki itu sedang tidur bersama tanpa seurat benang," tulisnya.




Dalam pada itu, Fahmi menyatakan seorang isteri berhak menuntut fasakh dengan alasan suami berkelakuan keji. - CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam tu suka hidang citer krt
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:17 PM | Show all posts
kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:22 PM | Show all posts
ehhhh geli nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg laaaa Peguam oi..nk kata pengemis tu bisex ke cmne..dah tu nk laki selekeh..bisex kot..nk detect lagu mana..xkms pon blambak bisex laaa..lainla gayah

Btw motep dok benang ni kat CI???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:31 PM | Show all posts
kesian wifenya...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 01:58 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 25-4-2022 01:04 PM
Peguam tu suka hidang citer krt

"krt" ni stand for apa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:16 PM | Show all posts
bottompadu: "krt" ni stand for apa sis?


KRT = Kisah Rumah Tangga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 02:16 PM | Show all posts
bottompadu replied at 25-4-2022 01:58 PM
"krt" ni stand for apa sis?

Kisah Rumah Tangga
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:21 PM | Show all posts
Dh lama crita ni, re-upload ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:21 PM | Show all posts
Edited by green~tea at 25-4-2022 02:23 PM

ni bukan kisah lama ke.. mcm penah baca kat CI last year

@lelarentaka7

@xpdckelate

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:24 PM | Show all posts
banyak kisah camni..bini je tatau..either gay atau layan pondan,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:33 PM | Show all posts
Hurrrmm tak tau nak komen sebab tak faham dengan keadaan pasangan skrg, so baca saja komen yang ada..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Senah pernah cerita pengalaman sebegini di porom ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 25-4-2022 02:21 PM
Dh lama crita ni, re-upload ke?

Cerita baru ni

Sbb banyak sgt kisah kawin lelaki homo atau bisex
Setiap tahun ada cerita yg hampir sama..
Org lain2
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:43 PM | Show all posts
Kenapa kan, bila kantoi je bini most of the time tengah mengandung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 03:56 PM | Show all posts
Just nak share my personal story. Aku ada kenal sorg lelaki ni sebelum dia kawen lg... siap follow each other kat socmed. sebelum kawen siap exchange XXX pic... boleh tahan sedap mata memandang, send pic siap nampak muka yer (masih tersimpan rapi dlm external hard drive kat dlm lemari).
Few years later he kawen... kat soc med share betapa happy nya dgn wife dan 1 beautiful daughter... but, every once in a while, he akan text me and tell me he horny... siap VC... tp me seorg yg very civilized, cuba mengelak perkara yg tidak diingini berlaku... sekadar vc mcm jer... the end
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 05:38 PM | Show all posts
green~tea replied at 25-4-2022 02:21 PM
ni bukan kisah lama ke.. mcm penah baca kat CI last year

@lelarentaka7

nak tolong mod kena bagi link


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajad tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada gayboy2 & bisex, kalau tak sedia nak setia kepada isteri, hadap pepet isteri, tak payah la kawen. Tak kesian ke dekat isteri korang???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.138337 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list